Disember 28, 2008

Imbasan: Ulasan 2008

Awal tahun 2008 merupakan masa yang paling aktif bagi saya dalam membeli buku. Terutamanya dengan kehadiran Pesta Buku pada bulan April lalu. Dulu, saya tak berpeluang pergi secara bebas ke pesta buku disebabkan faktor jarak dan masa. Tapi, disebabkan sejak Julai lepas saya tinggal di Shah Alam, maka lebih senang untuk saya ke PWTC dan kawasan sekitar Lembah Klang yang lain. Tapi, selepas saya menyedari saya terlebih guna duit biasiswa, maka bermula semesta ketiga, Julai lepas, saya mula berhenti dari membeli buku dengan aktif macam dulu. Kalau saya ke kedai buku, saya akan belek buku 4-5 kali sebelum berfikir patut atau tak membelinya. Dulu, kalau masuk ke kedai buku, mulalah mata jadi tak tentu pasal, hidung mula membau buku (teruk kan) lepas tu berlegar-legar tak tentu hala, cari buku itu ini, keluar kedai habis fulus. Lepas tu, buku tu simpan buat pekasam, entah bila nak baca. Tapi sekarang, saya ke kedai buku, saya lebih meneliti tajuk-tajuk terbaru dan juga survey harga terkini buku yang saya letak dalam wish list saya. Kalau harganya murah atau ada promosi yang bagus, saya akan cenderung membeli, tapi kalau tak ada yang betul-betul saya akan baca, dan harga pulak menyesakkan dompet, saya KIV aje.

Berikut senarai buku yang telah saya ulas tahun ini. Ada beberapa lagi buku yang saya baca tapi tak sempat diulas.
  1. Manikam Kalbu - Faisal Tehrani
  2. The Count of Monte Cristo - Alexandre Dumas
  3. Bridge to Terabithia - Katherine Paterson
  4. Justeru Impian Di Jaring - Zaid Akhtar
  5. Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid
  6. The Bad Beginning: A Series of Unfortunate Events #1 - Lemony Snicket
  7. The Language Report - Susie Dent
  8. The Kite Runner - Khaled Hosseini
  9. Signature for Success - Arlyn Imberman
  10. The Spiderwick Chronicles - Tony DiTerlizzi & Holly Black
  11. The Witch of Portobello - Paulo Coelho
  12. Karbala - Faisal Tehrani
  13. Battle of the Labyrinth: Percy Jackson & the Olympians #4 - Rick Riordan
  14. Eh! Wat Yu Talking? - Syed Ali Tawfik Al-Attas
  15. Natasya - Abu Hassan Morad
  16. Di Bawah Bayangan Piramid -Hassan Ali
  17. Eragon - Christopher Paolini
  18. Detektif Indigo: Kembali - Faisal Tehrani
  19. Eldest - Christopher Paolini
  20. Twilight - Stephenie Meyer
  21. The Prisoner of Zenda -Anthony Hope
  22. Hijab Sang Pencinta - Ramlee Awang Murshid
  23. Sangeetha - Azizi Hj Abdullah
  24. New Moon - Stephenie Meyer
  25. Eclipse - Stephenie Meyer
  26. A Thousand Splendid Suns - Khaled Hosseini
  27. A Bouquet of Roses by Teachers
  28. Pelangi, Kami Ingin ke Sana - Pemenang-pemenang hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005 Kategori Cerpen Remaja
  29. Sekalung Budi Seuntai Bahasa
  30. aA+bB - Hlovate
*sebuah ulasan filem: The Girl Who Leapt Through Time.

Antara bacaan yang saya masih belum sempat mengulas, dan paling signifikan tahun ini ialah Karya Nan Indah oleh Faisal Tehrani. Saya juga sudah mengkhatamnya 2 kali tapi nampaknya saya tak berpeluang nak berkongsi di sini. 3 volum Twilight Saga oleh Stephenie Meyer sempat saya ulas tapi volum akhir yang menarik tak tertulis pulak. Juga tahun 2008 menyaksikan saya mula membaca buku-buku bergenre berbeza, dan mula cuba membaca buku-buku bukan fiksyen lebih banyak. Dulu saya lebih suka genre fantasi semata, agak susah untuk baca sampai habis novel lain.

Insya Allah 2009/1430H saya bakal membaca buku bukan fiksyen lebih banyak. Dan juga buku Islami juga saya ingin telaah dengan lebih tekun. Tetapi saya kena beringat sebenarnya, sebab final exam A-level saya adalah pada tahun depan, iaitu dalam bulan Mei-Jun. Ada kemungkinan saya tidak ke Pesta Buku tahun depan? Entahlah. Ada rezeki, saya pergi, kalau tak ada, saya redha aje.

Selamat Tahun Baru!

4 ulasan:

UB-to-be berkata...

rasydan!!!
malunye ak dgn ko..huhu~
takpe lah kan.at least sume buku RAM ak dah khatam.

fathy ngn radin arituh beli kiterunner dgn splendid sun (ape ntah full title nya).nanti ak try2 usha.huhu~ak novel english ni down sket.slalu nya yg mag cabott jek ak lyn.konon2 tak nak pk complicated.huhu~

tp naseb bek novel2 yg medical-related ak dah khatam.in english kan..count jugak lah tu.hehe.

anda ni memg dahsat!

UB-to-be berkata...

dan lg satu rasydan
ALL THE BEST utk ur exam taun dpn
moga2 dpt fly ke uk.
go aluk go!!
hehe.

[MH] berkata...

aiseh..aimi dh gitau ko dh novel yg kitorg beli hari tu..tak po la aimi..kamu dimaafkan..

wahaaaa,banyak sungguh buku anda..sy pun rs mahu jadi mcm anda la..rajin bc novel,selami hasrat penulis etc..
tp exam nak dekat daaa...

erkkk...

nnt aku nk try buat review 'From Beirut to Jerusalem' tu. haha,review ari tu pun aku tk buat2 lagi.sudah nk buat bila duduk mesir sebab buku tu tertinggal kat Gombak!

salam maal hijrah ;)

dan berkata...

aimi: haha. nak malu ape plak. baca buku je. takde hebat papepon. at least baca nove ramlee tu jadik ah, n medic novels tu kira bnyk ape. bermanfaat pulak tu.

oh fathiyah ngan radin beli novel khaled hosseini. mmg best. aku hampir nangis baca dua2 novel dia. kalau prmpuan mesti rasa lagi nak nangis baca 1000 splendid suns tu. sbb cite pasal prmpuan.

terima kasih...doakan aku dpt fly..aluk will fly! haha

fathiyyah: takpela dia bgtau. hah, nak buat reviu buatla. aku nak beli beirut to jerusalem tu, tapi, duit aku setkt ni masih kureng, dan aku ada plan lain selain buku yg nakkena guna duit. jadi, aku kena saving sket :)

takpe2. aku tunggu reviu itu ye.

Related Posts with Thumbnails