Februari 06, 2008

Ungu Karmila


Judul: Ungu Karmila (UK)
Penulis: Ramlee Awang Murshid (RAM)
Penerbit: Alaf 21
Tahun: 2008
Harga: RM19.90

Ah..dapat juga saya habiskan UK. Sebenarnya sampai bahagian tengah saya teragak-agak untuk meneruskan bacaan. Sebabnya? Novel thriller Ramlee kali ini mengambil genre seram. Saya pula, tidak malu untuk diakui, seorang yang jenis cepat cuak bila bercerita bab-bab hantu ni. Waktu malam, saya tak berani baca UK disebabkan saya duduk berseorangan di dalam bilik. Masa siang, saya gunakan sepenuhnya menelaah novel ini. Akhirnya habis jugak.

Em, UK menceritakan tentang sebuah vila di Puncak Rimba, Cameron Highlands. Vila tersebut, yang dinamakan Vila Sunyi, merupakan kediaman impian yang dibina sempena ulangtahun perkahwinan pertama Arif dan isterinya Karmila. Mereka berpindah di situ dan berhasrat melakukan kajian untuk menghasilkan bunga baka baru di samping menguruskan perniagaan jualan bunga di Kuala Lumpur.

Namun penemuan baru sejenis bunga liar di hutan membuatkan keluarga Arif yang bahagia kacau-bilau, sehingga berakhir dengan tragedi berdarah. Masyarakat orang asli yang tinggal berjiran dengan Arif percaya itu semua terjadi kerana Arif melanggar pantang-larang mereka dengan menjejaki kawasan larangan dan mengambil bunga berpuaka itu. Vila itu akhirnya terbiar dan tiada siapa yang berani mendekati. Setelah berlalu beberapa tahun..kematian berlaku lagi, kali ini menimpa Jikon, seorang pemuda Orang Asli yang seperti digamit memasuki vila itu.

Ema, ingin membongkar rahsia kematian abangnya Jikon di vila itu. Sementara itu, Arafat, abang Arif mengupah beberapa orang untuk membongkar pembunuhan adiknya di situ. Namun, tragedi demi tragedi berlaku...rahsia dan dosa silam masing-masing mula mengejar mereka.

Bunga itu...Arif namakan sempena isterinya. Ungu Karmila.

*******

Sejak diperkenalkan dengan novel RAM, saya setia mengikuti karyanya. Tidak mengecewakan. Pasti ada ilmu yang diperoleh setiap kali membaca novelnya. UK contohnya dapat memberi saya perspektif berbeza terhadap kejadian-kejadian paranormal. Memang kita sebagai umat Islam percaya dengan kehadiran makhluk ghaib di sekeliling kita, tetapi dalam UK, Ramlee juga menerangkan kewujudan hantu berdasarkan aspek sains. Kejadian seram yang melanda Vila Sunyi itu juga dijelaskan secara saintifik. Bukan itu saja, setiap novel RAM akan disertakan dengan rujukan lengkap dan juga beberapa muka surat untuk segmen ilmu, bagi menerangkan sedikit sebanyak tentang apa yang terjadi dalam setiap karyanya.

Saya juga ingin memuji penulis kerana mampu membuat orang yang membaca jadi cuak. Mampu 'menghidupkan' suasana seram. Arkk, tak mahu saya bayangkan suasana seram tu. Terutamanya bab 'wanita bermuka pucat' berambut panjang...hee..Pernah saya baca UK pada waktu malam, untuk habiskan cepat sikit, tapi dek kerana kecuakan yang agak kuat, saya tak jadi baca dan terus tidur. Haha. Selain itu, saya juga suka cara watak-watak dalam UK dikaitkan. Pada awalnya kita rasakan mereka tiada sebarang perhubungan antara satu sama lain, tapi sesampai di pertengahan UK, kita sudah boleh nampak kaitan di antara mereka.

Untuk tahu dengan lebih lanjut, klik sini untuk ke laman web alaf 21. Atau lebih senang, beli saja terus di kedai buku berdekatan. Alami keseramannya sendiri (bagi yang tak macam saya, mungkin tak rasa kot?)!

*Ammar, baca cepat! Selalu sangat suruh aku pilihkan buku untuk ko. Nah nak sangat.


*Karya RAM dalam genre yang sama ialah Ranggau. Seputar kisah gadis-gadis Sabah yang dijumpai mayat mereka dalam keadaan mengerikan, hilang mata dan buah pinggang. Apa kata beli sekaligus dan rasai kejutan berganda!

3 ulasan:

Ammar Faris berkata...

wow..!!!lepas nih boleh jual buku la dan...hehehe...aku dah khatam la buku UK tuh..owh takut yer..tau x per..salamz

Elliyin Rasif berkata...

hahha..i was laughing reading this entry. why?

because i am too: SHUT THE BOOK AFTER DUSK!

siang2 je baca, maghrib simpan. tp perasan x buku nie ada sikit error dr segi penyampaian info, bercanggah dr yg disebut sebelum n selepas. cth, awal2 permulaan kan penulis ada describe watak isteri dia tue, mula2 kata berkulit hitam manis, then next page tiba2 berkulit putih melepak pulak...aishh..

tp error dia minimum walaupun x sepatutnya berlaku la..

gud review!

dan berkata...

thnx yin dynasty. oh begitu teliti ketika mmbaca. tak perasan la pulak pasal isteri dia tu. biasa la error, terlupa kan. buku dah tebal mcm tu..mana nak hafal isi dari awal smpai akhir.

haha. nmpaknye ade geng. buku pun takut nak baca apelaaa

rasanya kalau bc 2nd time takde pape da kut. insya allah.

Related Posts with Thumbnails