Januari 06, 2008

The Count of Monte Cristo


Judul: The Count of Monte Cristo
Penulis: Alexandre Dumas [diadaptasi oleh Mitsu Yamamoto]
Harga: RM 9.90
Penerbit: Baronet Books

Alahai, berat hati rasanya meninggalkan rumah di Kuala Lipis ini. Pulang semula ke pusat pengajian untuk semester kedua Isnin ini. Banyak lagi rasanya perkara yang tak sempat dibuat di rumah. Hmm, masa tak mengizinkan. Atau saya yang membuang masa sebenarnya? Eheh.

Begitu juga watak utama cerita ini (Edmond Dantes) yang berat hati meninggalkan rumahnya. Ayahnya. Tunangnya Mercedes. Berat hati kerana terpaksa dipenjarakan atas fitnah saudara dan rakan sekerjanya, yang dengki dengannya.

Sepupu Edmond, Fernand dengki padanya kerana Fernand ada hati dengan tunang Edmond, tetapi Mercedes telah berjanji hanya akan mengahwini Albert, maka melepaslah dia nak dapatkan Mercedes. Perlantikan Edmond yang masih muda (berumur 18 waktu itu) sebagai Kapten kapal Pharaon, menggantikan kapten asalnya yang telah mati, menimbulkan hasad pada rakan sekerjanya Danglars, yang ingin sekali menjadi kapten kapal tersebut. Kedua-dua lelaki ini kemudiannya berpakat menjatuhkan Edmond lalu memfitnahnya atas tuduhan membuat pakatan dengan Napoleon untuk menjatuhkan pemerintahan King Louis XVIII pada waktu itu atas bukti2 tertentu.

Edmond yang tidak bersalah menyangkakan semuanya sekadar salah faham dan dia akan dipenjarakan buat sekejap sahaja sementara menanti salah faham itu berakhir. Tunggu punya tunggu, masa berlalu, 1, 2, 5, 10 tahun..ah lamanya takkanlah tak sedar-sedar lagi. Maka dikurunglah dia di penjara yang bernama Chateau d'If itu selama belasan tahun.

Masa berada di penjara dia bertemu dengan seorang paderi tua yang menjadi rakannya. Mereka berpakat melarikan diri. Namun paderi tersebut tak sempat lari bersamanya kerana hilang nyawa lebih dahulu, dengan meninggalkan sejumlah harta yang tersangatlah banyaknya kepada Edmond yang tersembunyi di Pulau Monte Cristo sebelum menghembus nafas terakhir. Dengan mengambil nama sempena tempat ini, dia menggelarkan dirinya The Count of Monte Cristo setelah berjaya keluar dari penjara. Menggunakan harta karun peningglan paderi itu, Edmond seterusnya merancang plot untuk membalas dendam kepada orang2 yang telah mengkhianatinya dahulu.

Plotnya memang seronok dibaca. Terutama waktu dalam penjara dan waktu membals dendam. Bukanlah bermaksud saya suka melihat orang2 jahat ini kena balas dendam dengan Edmond, tidak. Tidak sama sekali. Bukan juga maksudnya saya suka tengok orang kena bala dan kata "padan muka" pada orang tersebut. Tapi saspennya ada di situ, waktu membalas dendam tu. Nak tahu jugak apa yang Count balas pada orang2 yang buat jahat pada dia dulu. (Ada jugak nak tersebut padan muka waktu tu, hmm yelah Edmond tak bersalah pun, sia-sia masa terbuang berbelas tahun menderita disebabkan 'jasa' diorang, jadi sesuailah dapat balasan balik kan)

Satu lagi klasik yang menarik selain Frankenstein. Akan saya cari lagi judul-judul yang lain. Sampai bertemu lagi.

2 ulasan:

Yin Dynasty berkata...

eh, dalam perenggan awal tue ada typo la. mercedes berjanji hanya kawin ngan edmond la kan? sbb albert tue actually watak anak mercedes+edmond kan?

dan berkata...

to yin dynasty: eh albert tu anak mercedes dengan fernand. awal2nya mercedes janji nak kawin ngan edmond je...tapi bila edmond lama sgt kena jail dia kawin la dengan fernand. kesian edmond.

tapi dia berjaya dapatkan redemption! can't wait to reread it again. now is exam time..huhu

thnx for commenting!

Related Posts with Thumbnails