Judul: Hijab Sang Pencinta
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Tahun Terbit: 2008
Penerbit: Alaf 21
Mukasurat:
Harga: RM19.90
Volum akhir; Trilogi Bagaikan Puteri telahpun tamat dengan kemunculan buku ini. Saya tidak sempat pun menulis resensi untuk Cinta Sang Ratu. Tapi tak apa saya ingin teruskan juga, mungkin buku kedua itu lain kali. Apapun ini amaran buat yang belum membaca: Sedikit sebanyak entri ini mengandungi spoiler, jadi fikir dahulu sebelum habis membacanya!
Tentang buku ini: Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun kejahatan tetap memburunya. Seolah-olah mereka merupakan bayangnya.
Berita kepulangannya sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Berang kerana tidak dapat mengahwini Haryani, apatah lagi mengetahui kematian Sunan di tangan laksamananya Hang Tuah itu palsu--baginda menitahkan Panglima Awang Bagan memburunya. Demi keselamatan keluarga tercinta, Saifudin bersembunyi di sebuah gua. Dan hijab semesta masa pun terbuka buat kali ketiga.
Kejahatan tetap mengekori Saifudin, biar di abad 21 sekalipun. *Diedit dan diringkaskan dari blurb.
Pendapat saya: Sejujurnya saya sedikit bosan dengan stail penulisan RAM. Yang saya maksudkan ialah kesesakan watak di awal cerita yang tak berkaitan antara satu sama lain dan dicantumkan pada tengah atau akhir cerita. Kebanyakan novelnya ambil pendekatan itu. Juga, bosan dengan stail cerita yang kadangkala terlalu mudah diteka kesudahannya. Contoh terdekat Ungu Karmila. Kita mudah mengagak bunga ungu itu yang menjadi dalang. Tak dinafikan ada suspense tapi terlalu sekejap. Hijab Sang Pencinta kejutannya hanya di akhir. (Dan terlalu sekejap). Ada juga watak yang tak patut ditambah tetapi tetap dimasukkan. Contohnya kemunculan Putri Kober Gandring yang motifnya tersangatlah pelik. Ingin membalas dendam pada Hang Tuah, Kesultanan pula yang ingin dimusnahkan. Rupanya signifikan kemunculan puteri ini adalah peristiwa yang akan membawa Sunan kembali ke Tanah Melayu, itu saja, tapi wataknya macam terlalu diberatkan berbanding antagonis sebenar yakni Taghut. Ya, satu lagi keanehan ialah betapa mudahnya Panglima Awang Bagan menemui Saifudin di Palembang. Saya faham Saifudin itu punya naluri sufi yang membantunya dalam kembara. Tapi instinct si panglima ini sedikit sukar untuk diterima. Apa logiknya dia dapat menaakul Saifudin akan ke sana? Instinct orang biasa selalunya tak boleh pakai.
Nah, dahpun usai bercerita tentang kelemahan novel ini. Mari kita intai kekuatannya pula. Yang paling menyerlah ialah ketika peralihan zaman berlaku kepada Laksamana Sunan. Perubahan kurun 15 kepada zaman teknologi abad 21 merunsingkan Sunan. Unsur humour banyak kedapatan di story arc yang ini. Tergelak pula bila membaca bahagian Sunan memakai seluar jeans dan t-shirt. Ketat! Haha. Terpaksalah ayah Dani tolong betulkan seluar tu. Masa Saifudin guna telefon pun nak tergelak. Mana taknya, tak ke pelik bagi dia gagang bercakap! Haryani pula? Serasa saya dia memang sesuai buat Saifudin. Apatah lagi dia wanita pertama menambat hati Saifudin. Apa kesudahannya? Kahwin atau tidak? Jeng..jeng..jeng..(tak sanggup nak dedahkan, kesian yang tak baca lagi)
Dalam Cinta Sang Ratu, masih ingat Rajikin yang memperdaya Haryani ke Manggala? Di akhir CSR Rajikin menjumpai baka awal manusia serigala dalam bentuk jenglot. Dalam Hijab Sang Pencinta pembaca dikisahkan akan asal-usul Manggala yang diasuh Taghut sedari mula 'dicipta' sehinggalah dia menjadi jenglot tersebut. Yang ini saya suka. Kesinambungan misteri dari novel sebelumnya menambahkan perasa cerita. Namun sedikit janggal rasanya bila Manggala atau nama asalnya Cheng-De yang berasal dari China itu (dia ini khunsa, fakta ini janggal juga) tiba-tiba bila sampai di Sumatera boleh pula berbahasa Indonesia sih!
Kesudahan yang simbolik juga jadi penarik cerita. Pada awalnya saya kecewa kerana hampir separuh daripada buku ini Haryani tidak muncul-muncul. Tapi ia terubat di bahagian suku akhir bila Haryani kembali jadi protagonis wanita. Hmm, sepatutnya Haryanilah heroin dalam siri ini, tapi dalam buku kedua dan ketiga, macam side character pulak si Haryani ni. Tak apalah, epilognya memuaskan.
Sebelum membaca novel ini, dua fikiran berlegar di ruang minda:
1) Sunan tak akan dapat hidup bersama Haryani kerana faktor zaman.
2) Sunan kena tembak. Atau Haryani. Mungkin salah seorang mati. (Membawa kepada point pertama yang diorang tak boleh bersama dalam satu zaman)
Adakah tekaan saya benar? Sekali lagi..jeng..jeng..jeng..
Cadangan: Secara keseluruhan Hijab Sang Pencinta memang novel yang berbaloi dibaca, apatah lagi ingin melengkapkan koleksi trilogi Bagaikan Puteri. Kalau 'berhenti' setakat Bagaikan Puteri pun rasanya dah ok. Dua sekuel selebihnya bagi saya macam spin-off Saifudin saja. Mungkin dibaca untuk memuaskan hati (?) saja. Bagaikan Puteri saya kira lebih segar berbanding yang ini. Kalian nilai sendirilah, itu lebih baik. P.S: Cover kali ini menarik, syabas buat team grafik Alaf 21! (Setelah kecewa dengan cover Cinta Sang Ratu yang seperti menciplak Bagaikan Puteri hampir 100%)

6 ulasan:
salam
kalau nk banding antara bagaikan puteri ngn cinta sang ratu,aku lagi suka bagaikan puteri..
cinta sang ratu mcm bosan sikit dan terlampau berbelit...
huhu,tak perlu kot nak beli novel yang ketiga tu..pinjam kat org boleh je kot..hihi
thnks for the overview..aku pun dh ingat2 lupa ttg jalan cerita tu..;)
ya betul! bagi aku bagaikan puteri pun dah cukup. tp alang2 dah baca no 1 ngan 2 baik trus baca no 3 kan? tapi cam ending dia interesting laa
tq!
salam...dan.
wahaha..ak mmg xsbr2 mau bce laa this book..hehe
mnnntikn delivery from mlaysia je..
tp mmg btol..bagaikn puteri lg menarik nk dibandingkn ngn cinta ratu..
tp mungkin juga sebb bagaikn puteri tu da mnunjukkn mnde2 interesting cam..lompat2 msa nii..n yg kedua tu just mcm mneruskn kesinambungn nye sje kot.(mnjadikn agk bosan)hehe...komen dr amatur aje.
btol tu fais..sokong2
salam.wah.baru terjumpa blog ni.salam terjah.kalau nak compare BP dan CSR,saya lebih suka CSR kerana lebih banyak aksi dan pertarungan.HSP pula bagi saya,kurang menyengat kerana cerita part2 pertarungan agak sekejap dan musuh2 tu senang je dikalahkan.tapi saya suka cerita tentang asal baka menggala.yelah,bila dah bercampur dengan alam hitam,chinese pun boleh meraban bahasa arab.lalala.
akimsensei: ahaha. chinese meraban bahasa arab. betul2.
hmm, saya fikir BP lebih bagus mungkin kerana ideanya masih segar, bila dah masuk HSP dah mula pelik dan ending boleh diagak (walaupun best). tapi apapun, Ramlee memang penulis yg baik.
moga dpt manfaat dtg ke blog ni, boleh tgk perkongsian buku lain sekali kat sini! :)
Catat Ulasan