Disember 25, 2008

aA+bB


Judul: aA+bB
Penulis: Hlovate
Tahun: 2008
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Harga: RM20.00
Bil. mukasurat: 495


Adik saya yang beli novel ini. Tapi sebelum ini saya pernah nampak di kedai. Dan pernah juga baca komen orang tentang karya penulis ini. Adik saya kata, di sekolah ramai orang membaca karya penulis. Pinjam di perpustakaan, bersilih ganti orang yang meminjam. Sampai koyak rabak dah, tambah dia lagi. Sampai macam tu sekali sambutannya! Jadi saya pun dengan rasa ingin tahu, membelek dan akhirnya membaca juga buku ini sampai habis.

Mulanya, masa pertama kali tengok tajuk buku ni saya sendiri tak dapat agak genre apa ceritanya. Langsung terhenti selera bila tengok nama pena penulis 'Hlovate'. Masa tu, saya rasa, ya Allah tak komersialnya nama ni (Maaf). Tapi lama-kelamaan saya boleh terima, dan dalam novel ini saya dapat tahu kenapa Hlovate diguna sebagai nama. Bila mula membaca sinopsis baru saya tahu ini novel cinta sebenarnya. Saya, sebagai 'bukan penggemar' (saya tak benci) novel cinta, ingatkan nak drop saja buku ni dari reading list saya, tapi disebabkan rasa ingin tahu apa yang hebatnya tentang buku ni, saya teruskan membaca. Dan, tak sangka pula saya lekat sampai ke akhir! Rasa-rasa kenapa ya?

Buku ini menarik bagi saya kerana ceritanya yang menghiburkan. Addin Shah, gadis yang baru tamat belajar di Edinburgh dikahwinkan oleh ibu bapanya dengan anak kenalan mereka, Benz Alif, yang juga sebenarnya musuh ketat Addin ketika belajar di Kolej sewaktu SPM dulu. Mereka tak pernah sekepala, malah Benz selalu buat masalah disiplin yang juga mencabar Addin sebagai Head Girl di sekolah waktu dulu. Kahwin paksa dengan musuh ketat? Memang satu masalah besar! Tambah sakit hati Addin ialah peristiwa ketika Benz pernah menyakitkan hati Addin ketika di Jusco suatu masa dulu, dengan mengatakan dia 'perempuan murahan walaupun nampak saja pada luaran dia memakai tudung', dan ini mencalar maruah Addin pada masa itu, apatah lagi semua mata memandang, setiap telinga mendengar. Cabarannya di sini, Addin terpaksa berpura-pura menerima Benz di hadapan ahli keluarga, berlakon sebagai seorang isteri, sedang hakikatnya Benz dan Addin tidur di bilik berasingan, tidak pernah bertegur sapa walau hidup satu bumbung, sehinggakan Addin sanggup pakai tudung di dalam rumah, biar Benz dah menjadi suaminya yang halal. Apa yang mencuit hati saya ialah babak-babak apabila Benz cuba mencuri hati Addin untuk meruntuhkan keegoan dalam diri isterinya tersebut, yang sekian lama berdendam dengannya. Kedatangan adik Benz yang tinggal di rumah mereka selepas SPM membuat Addin lagi haru biru. Terpaksa berlakon mesra dengan Benz depan adik iparnya, dan peluang mesra olok-olok ini diambil oleh Benz untuk mengambil hati Addin yang sebenarnya memang telah dicintainya lama dulu. Chik, pembantu rumah mereka, melihat perubahan-perubahan yang berlaku, dari tak bercakap antara satu sama lain, sehinggalah tiba-tiba jadi macam kawan baik, hanya ketawa. Saya juga ikut ketawa sendiri.

Twist dalam aA+bB ialah dengan kemunculan watak Aie, yang dulunya menolong Addin (ketika ini masih belajar di Edinburgh) yang sesat ketika Addin bercuti di Belanda. Pada mulanya saya ingat Aie adalah watak yang bakal menjadikan cerita ini cerita cinta segi tiga yang klise tapi nampaknya bukan. Ada signifikasi yang lebih besar pada watak misteri Aie yang hanya muncul dalam chatroom. Kemunculan Aie membawa pergaduhan dan salahfaham dilalui oleh pasangan ini, dan akhirnya, Addin sedar dia sebenarnya menyayangi Benz. Siapa Aie? Baca sendiri.

Pada mulanya saya fikir kemuncak cerita hanya pada pergaduhan itu. Tapi setelah mereka berbaik dan mula bercinta saya pasti ada satu lagi halangan yang bakal menanti, terutama bila melihat ada hampir 100 muka lebih lagi, dan masalah itu pastinya: keguguran kandungan. Jangkaan saya betul. Sebagai suami isteri yang tak pernah bersentuhan mesra, apa lagi cabaran yang boleh meruntuhkan perasaan perempuan tegar seperti Addin? Tapi, saya tidak katakan itu sesuatu yang buruk. Cuma klise, itu saja.

Yang saya kurang suka, ialah gaya bahasa yang diguna penulis, kadang-kadang terlalu pasar. Saya tak boleh kata itu bahasa santai, sebab tak semua orang menggunakan bahasa seperti dalam novel ini. Lebih sesuai dikatakan, bahasa yang digunakan dalam aA+bB adalah bahasa yang digunakan oleh remaja di sesetengah tempat, dan penulis sendiri mungkin menggunakannya sedikit sebanyak. Paling tidak senang apabila membaca perkataan yang memang tak wujud, antaranya asbestosis, spastikus, dan sebagainya--antara kata-kata yang dilontarkan Addin pada Benz kalau suaminya tu menyakatnya. Terasa seperti membaca majalah Ujang atau Apo? pula. Mungkin, bagi sesetengah pembaca, ini suatu keunikan dan menjadikan novel ini mudah dibaca. Ya, bergantung pada anda.

Namun secara keseluruhannya saya puas membaca kisah ini. Lebih-lebih lagi, selepas keguguran kandungan pertama Addin, saya mendapat pengajaran yang baik, kerana ketika itu diselitkan pelbagai motivasi, tazkirah serta ayat-ayat Al-Quran yang mengajar erti hikmah dalam ujian, serta ganjaran bagi orang bersabar. Perubahan berlaku pada suami isteri ini setelah ditimpa ujian berat itu. Saya puas hati juga, sebab awal dulu, watak-watak dalam cerita ini sedikit, emm, tak keterlaluan kalau saya kata sedikit hedonis, ya mungkin kerana itu zaman remaja. Tapi setelah datangnya hidayah, mereka berubah. Hlovate juga menulis sedikit catatan di akhir novel ini mengenai pengajaran novel ini, serta makna di sebalik tajuk yang diberi. Bahawa ini cerita perubahan kematangan manusia, yang belajar melalui perubahan zaman dan usia dan suasana. Ringkasnya, saya memang puashati membacanya. Saya beri 3.5 dari 5 bintang.

Mungkin lepas ini saya akan cuba membaca sedikit-sedikit novel cinta. Supaya tidaklah terlalu bias. Tapi perlu sedikit choosy supaya saya tidak kecewa dan benci. Dan, karya Hlovate mungkin jadi antara sasaran saya. 5 Tahun 5 Bulan? Schubert's Serenade? Hmm, tunggu dan lihat.

10 ulasan:

izzahsakinah berkata...

Menarik2. Setuju2 :)

Saya mula baca tulisan Hlovate masa di tahun satu, 5 Tahun 5 Bulan. Jadi menarik nak ikuti, sebab gaya bahasa dia yang santai (kot). aA+bB dah baca jugak.

Baru habis baca [tunas] baru ni. Cerita rewind masa Addin, Kucai, Benz etc kat Kolej Tunas dulu. Cerita Mags 7 (yang tak pernah terlintas dek akal saya benda2 diorang buat) pun ada.

monolograsya berkata...

salam ziarah..
btul ckp anda..
nvel karya beliau b'unsur santai tp punya msg trsendiri..
difahamkn Hlovate sgt perahsia..
xde org tau sape die yg sbnrnya

Tanpa Nama berkata...

salam..
sy pernah bce cerita2 HLOVATE ketika sy di tahun satu lg..itu pon melalui internet..klu nk beli novel dia...ermmm,jauh plak dari m'sia..hehe..mmg seronok sbb gaya bahasa yg santai..

filzah...sayer! berkata...

novel nih masih dismpan dlm rak buku aku...xtau la bila sempat nk mula baca. tergndala sbb nk bc [tunas] dulu. akhirnya, [tuna] dh hbs bc, aA+bB plak x sentuh lg.kui3

putera_asQalan berkata...

hlovate memang bagus.

di blognye,byk lagi kisah yg belum dbukukan..

sempoi.. hehe

izzahsakinah™ berkata...

P/s:
Saya amik link ye :)
Sori sebab jerit kat sini
Shoutmix takleh bukak kdg2 dlm kampus. Huhu

dan berkata...

izzahsakinah: oh ada prekuel rupanya cerita ni. insya Allah akan dibaca nanti. oh, sila2 nak ambil link. tak ada masalah langsung.

monolograsya: eh? takkan takde sape tahu. syarikat yg menerbitkan mesti tahu siapa dia kan?

tanpa nama: oh, saya kurang suka bahasa dia. tapi bolehlah. kira macam novel dia ni jujur sebab guna bahasa perbualan biasa2 kan.

filzah: cepat baca. jgn bg berabuk!

putera_asqalan: terkejut jugak tetiba ramai bg komen bila tulis pasal hlovate. maknanya mmg ramai peminat dia! mungkin karya dia yg lain dlm queue je kut. tunggu nak publish je agaknya.

kakchik berkata...

Salam ziarah. Tertarik melihat tajuk posting sebab kakchik pun dah baca buku ni. Boleh bagi 4 bintang kot.

Salam kenalan. Suka sungguh kalau jumpa org yg punya hobi yg sama.

Ulasan kakchik ttg aA + bB di sini: http://keluargakusayang.blogspot.com/2008/12/cintaku-jatuh-tak-naik-naik.html

fathiyyah berkata...

wah,ramai dh komen kat sini..aku jugak yang paling lambat(setakat ini ok)..

aku tk pernah bc lagi novel hasil hlovate ni.tp ramai juga junior yang mula berjinak2 baca hasil tangan beliau.entah apa keistimewaan beliau,entah,aku pun tak teliti betul2..

tak ada masa nk bc novel santai2.'novel medic' belum khatam betul2 lagi..
skrg aku ngah syok menyelami buku 'from beirut to jerusalem' yang
sangat menyayat hati

p.s:
kawan ko budak ausmat tu apa kaba?

dan berkata...

kakchik: terima kasih. salam ziarah. sy dah tgk post kakchik tu. nice :)

fathiyyah: aku sbnrnya pelik, sbb diorg ni bukan penah komen kat sini pun...hihi..takpela tu tandanya ada org baca blog ni kan. ingatkan aku syok sendiri je. :)

from beirut to jerusalem, antara dlm wish list aku, ntah bila nak beli, taktau lagi.

oh, aku msej kwn aku tu, tapi nampaknya tak berbalas :(

Related Posts with Thumbnails