Ogos 29, 2009

Rooftop Rant

Judul: Rooftop Rant
Penulis: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni
Tahun: 2009
Bil. mukasurat: 538
Harga: RM21.00

Buat kali kedua saya membaca karya Hlovate. Naskhah ini kepunyaan adik saya, sama seperti aA+bB yang saya ulas tahun lepas. Kali ini Hlovate membawa kisah dua sahabat karib yang bertemu dan bersahabat kerana sama-sama menghadapi masalah keluarga.

Batrisya atau Trisy, seorang gadis sekolah yang agak tomboy, tertekan kerana terabai dari kasih sayang keluarga, baik ibubapa mahupun adik-beradiknya sendiri. Tempatnya menumpang kasih hanyalah orang gajinya. Manakala seorang lagi, pemuda 20-an bernama Zaid atau Jade, menghadapi sedikit inferiority complex apabila dibanding-bandingkan dengan abang dan adiknya yang berjaya dalam pelajaran sedang dia cuma bekerja menjual burger di tepi jalan.

Rooftop Rant itu sendiri merujuk kepada bagaimana permulaan kepada pertemuan dan persahabatan mereka berdua. Mereka berdua mencari ketenangan di sebuah kawasan lapang di atas bumbung Wisma Topaz. Kemalangan yang berlaku di atas rooftop itu suatu hari merapatkan mereka berdua. Banyak yang disembangkan, termasuklah impian dan falsafah hidup masing-masing. Tetapi tidak berapa lama selepas itu mereka terpaksa berpisah mengambil haluan masing-masing, Trisy dengan pelajarannya, dan Jade dengan kariernya sebagai komikus.

Saya sangat-sangat jarang membaca novel cinta, kerana genre ini bukan minat saya. Tetapi kalau dihulurkan novel Hlovate saya rasa saya langsung ketepikan hal itu. Sebab saya rasa mesej Islaminya tetap kuat, meski tak dilabel sebagai novel Islami pun. Macam aA+bB pun, watak-wataknya pada separuh awal buku tentu biasa-biasa saja, tidak thiqah atau Islamik pun kelihatannya. Tapi, as the story goes on, kita akan ketemu titk-titik perubahan yang merubah karektoristik watak-watak tersebut. Persepsi, pemikiran dan pandangan watak-watak terhadap hidup akan disuntik dengan nilai Islami secara perlahan-lahan.

Persoalan ujian dikemukakan dalam Rooftop Rant. Tekanan yang dihadapi oleh Jade dan Trisy, memungkinkan seseorang putus asa dalam kehidupan. Namun, acapkali mereka menguatkan antara satu sama lain. Saling menyokong, jika satu lemah, yang satu lagi bakal membantu. Kedengarannya janggal barangkali, kerana "ukhuwwah" ini antara lelaki-perempuan, tetapi ini keistimewaan cerita Hlovate kali ini. Ingat, watak-watak ini pada awalnya langsung belum mengerti benar akan hukum dan syarat. Perpisahan mereka dari rooftop itulah merupakan titik permulaan hidup kerana Allah. Selepas itu hanya kenangan mereka sahaja yang menjadi penghubung dan penyokong kehidupan masing-masing.

Saya senang sekali dengan Hlovate. Dalam blognya juga pernah dia nyatakan begini:

"one thing, bila reading here please do not discount ur kerja, ur solat time, ur belajar time, ur office time dengan hanging around kat sini, i've the saham oso, make it good"

Bukan saja karyanya akan menghala kita berfikir ke arah kebaikan, malah penulis sendiri sentiasa mengingatkan kita apabila membaca karya-karyanya di blog, kita harus memastikan yang kita sudah solat dan tidak menggunakan masa kita yang diamanahkan untuk kerja lain untuk membaca tulisannya. Sempoi, sempoi juga, tapi tanggungjawab dan tatacara hidup jangan kita lupa!...mungkin lebih kurang itu mesejnya pada saya.

Tarikan Rooftop Rant untuk saya juga adalah pada watak Jade yang gemar melukis dan punya bakat seni yang sangat baik. Dia menerbitkan sekian banyak novel grafik. Wataknya juga tenang, kuat jiwa, tetapi tetap selamba. Juga persekitaran dunia komikus itu menarik minat saya. Saya sudah terbayang, macam mana kalau novel grafik "Rooftop Rant" yang dilukis oleh Jade di akhir buku ini benar-benar menjadi realiti. Seronok juga kalau dapat membacanya. Tentunya saya terbayang Fakhroul Anour dari Gempak dengan komik cintanya, sesuai benar kalau dia melukisnya!

Banyak lagi karya Hlovate di blognya yang belum dibukukan, dan saya yakin setiap satunya istimewa. Pada awalnya saya kurang senang dengan bahasa yang digunakan tetapi saya lihat Hlovate semakin matang dalam menggunakan bahasa yang sesuai. Rooftop Rant kelihatannya lebih kemas dan elok bahasanya berbanding aA+bB yang saya baca sebelum ini. Tapi ya, saya tak akan nafikan bahasa itu asal dapat difahami taklah sepenting mesej yang dibawanya kali ini: Allah tak akan membebankan dengan ujian yang tak termampu hamba-Nya menanggung (Al-Baqarah 2: 286) ; dan falsafah bahawa kitalah yang menentukan arah tuju hidup kita, baik atau buruk...

"Live well or live hell? We choose."

Ingin baca ulasan aA+bB? Klik sini.

helaianRindu: Orang yang terpaksa berubah takkan sebagus orang yang memaksa dirinya berubah.

5 ulasan:

mine pc berkata...

karya2 Hlovate mmg best!

unik n punya konsep penyampaian yg tersendiri.

ada semua koleksi Hlovate ke?

cikdekja berkata...

salam. :)

aku beli berkurun dh rooftop rant nih. time pesta buku lpas, yg aku borong sakan tuh. tp smpai sekarang belom terusik lg buku tuh. plastik pun x buang lg. hehe. sama la jugak dgn Aa+Bb. x terusik pun lg. ahaha. adeh. bila nk habiskn pun xtau. sekarang nih ada lg karya hlovate yg aku br beli. tp bkn buku hlovate sj. ada 3 penulis dlm satu buku. tajok buku tuh pelangi. cerita hlovate dlm tuh tajok dia ked's story. puunnn belom aku habis baca lg. baru 2 muka surat kot. ahahampeh. selepas nih, ked's story plak ada smbungan. versi novel penuh pulak. versus. x pasti bila akn keluar. hehe.

mak ai. apatah aku merapu atas tu. cuma nk berkongsi karya2 terkini dr hlovate ja. nk mengulas tu, belom lg la. sbb aku snirik pun x baca lg. hehe.

erm2. tuh ja kot. :D

dan berkata...

mine pc: best jugakla, at least bukannya novel cinta yang khayal dan merapu..

takde sume, ade dua je, yg ni ngan aA+bB...itupun dua2 adik punya..

cikdekja: laporan di PWTC bersama wartawan cikdekja. ahaha.
eh, aku beli buku wpun xbaca lagi, atleast dah belek2 bbrp muka..ang plastik pon xbukak lagik! huhu

anyway thx 4 info.

Hazhari Ismail berkata...

Salam. Rasydan, baru perasan ade entry pasal Hlovate. Hehe.


Sy mula bace novel from first novel 5 tahun 5 bulan. Pastu terus bercita-cita nk kahwin dgn dokter. hahaha. takde kene mengene.



btw, antara byk2 novel die, 'contengan jalanan' paling terkesan. seriously, mungkin masa novel contengan jalanan, ada reflect kpd diri sendiri.


btw, tulisan hlovate sedikit sbyk 'memerangkap' remaja yg setia dgn cinta manusia tp die selitkan widsom dan hikmah secara tak langsung.


imej hlovate sebagai misteri? komen sede wei.. lol

dan berkata...

Aie: wah gittew ke ceritanya..pemiant hlovate setia la ni? hehe. agree yang hlovate make very good stories, which is very relatable, walaupun agak trendy bahasa yang digunakan, it appeals more to some readers maybe because it is quite realistic (dialogue etc). It pulls you in the story and once you are inside, you can easily grab the message s/he wants to convey..which mostly are throughout the end. Tak minat sangat sebenarnya dengan gaya bahasa dia yang terlalu santai, tapi kalau ada buku2 dia, I can easily choose to read them without thinking..kot. haha

hlovate misteri...so? biarlah dia mahu privacy. tak semua orang extrovert dan suka publisiti kan?

Related Posts with Thumbnails