November 07, 2009

Pokemon 4Ever & Persahabatan



Pokemon. Kalau anda merupakan remaja baya saya, tentu anda akan terkenang zaman kanak-kanak dahulu, apabila saya sebut Pokemon. Bukan apa, tak keterlaluan jikalau saya katakan kartun ini antara yang 'membesarkan' kita, termasuklah Digimon, Beyblade, Masked Rider, Power Rangers dan pelbagai jenis lagi francais kartun Jepun dan Amerika.  Saya sendiri masih boleh cerita kembali zaman saya sekolah rendah dahulu--trend membeli alat mainan digimon, mereka karektor comel dalam buku latihan, mengumpul kad-kad dan sekian banyak lagi alat mainan yang sewaktu dengannya. Hampir semua budak dahulu sekurang-kurangnya akan 'melayan' Pokemon @ Digimon!

Berbalik pada tajuk yang tertulis, anda yang pernah menontonnya tentu bagai tak percaya, betul ke filem kanak-kanak macam ini yang ingin dikongsikan? Kalau iya pun hendak ditulis, sepatutnya dilakukan 6 tahun lalu! Maaf, memang nampak tak sesuai, tetapi saya dahulunya memang peminat setia Pokemon, apatah lagi filemnya. Dan filem keempat ini adalah filem yang paling saya minati, bagi saya cukup evergreen kerana sekarang saya masih boleh menonton semula tanpa rasa jemu atau muak! Masih ingat lagi, saya sibuk betul nak mendapatkan VCD original di pasaran waktu ia mula-mula terbit pada tahun 2003.

Ringkasnya, cerita ini berkisar mengenai Sam yang telah berjaya menyelamatkan seekor pokemon bernama Celebi, yang merupakan penjaga hutan dan berupaya mengembara melalui masa. Ketika hampir ditangkap pemburu pokemon, Celebi membawa Sam ke zaman 40 tahun ke hadapan, dan di situ dia terjumpa dengan Ash Ketchum yang sedang dalam kembaranya. Pada masa ini terdapat orang jahat yang juga ingin menangkap Celebi demi kepentingan diri. Ash dan Sam dan Celebi menjalin hubungan yang rapat sebagai kawan, dan mereka harus menentang orang jahat itu bersama-sama. Di akhirnya apabila semua telah selesai mereka harus berpisah, Sam ke masa lalu semula dan Ash meneruskan perjalanannya.

Fokus saya di sini adalah dari aspek persahabatan yang ditonjolkan. Memang, saya pasti masih ramai yang ingat kontroversi yang melanda francais Pokemon ini. Mengenai nama-nama yang apabila diterjemah menghina Islam, atau aspek 'evolusi' yang digunakan secara meluas dalam animasi ini yang mampu mendoktrin faham Darwinisme, atau kezaliman yang tertonjol dari perlawanan Pokemon seperti sabung ayam lagaknya, dan bermacam lagilah. Haruslah kita ketepikan dahulu. Yang ingin saya perkatakan ialah persahabatan antara Sam dengan Ash. Biarpun dalam masa yang singkat, hubungan mereka begitu rapat. Walaupun Sam sepatutnya lebih tua 40 tahun dari Ash, mereka tetap merakam kenangan manis bersama tanpa rasa kekok. Dan setelah berpisah, mereka berjanji akan tetap menjadi kawan buat selama-lamanya, biar masa menjarakkan.

"True friendships can withstand the test of time." Itu kata-kata Professor Oak kepada Ash sewaktu dia bersedih kerana berpisah dengan Sam. Apa yang mengharukan saya, kata-kata Professor Oak sangat mendalam. Ini kerana Profesor Oak sendiri adalah Sam 40 tahun kemudian, dan sebab itulah Profesor Oak meyakinkan Ash di hujung cerita bahawa Ash dan Sam akan tetap menjadi kawan baik buat selama-lamanya. Bukan saja mesej yang disampaikan sangat menggigit rasa, tapi rahsia di epilog cerita ini juga sangat menarik! Sahabat itu bukan mudah untuk kita dapati. Sudah berjuta lagu dan sajak di dunia ini memperihalkan mengenai sahabat sejati, kawan terbaik, peranan kawan. Dan mungkin ramai yang akan mengatakan definisi sahabat bagi setiap orang adalah berbeza. Mungkin, ada yang mengatakan sahabat itu orang yang rapat dengannya. Atau, orang yang sentiasa mengingatkan apabila terlupa; mungkin orang yang selalu menasihati dan menegur kesilapan; dan malah orang yang apabila kita memandang wajahnya, dia mengingatkan kita pada Pencipta kita, barangkali.

Saya tidak pandai dan tidak mahu mengkritik apa-apa mengenai sinematografi dan sebagainya, yang pasti Pokemon 4Ever sememangnya satu filem dengan jalan cerita yang baik. Bila menonton kembali filem ini, saya cuma ingin anda semua membuat refleksi mengenai persahabatan semula. Fikirkan, adakah kita mampu jadi seorang sahabat? Apa fungsi sahabat? Dan mungkin sebelum semua persoalan itu dirungkai jawapannya, apa itu sahabat? Ingatlah, sahabat itu terlalu besar pengertiannya. Sahabat, hei bayangkan Abu Bakar yang menangis diam menahan sakit dipatuk ular demi tidak membangunkan Rasul yang tidur di ribanya! Bukankah sahabat itu lebih daripada hanya boleh menjadi teman meluah rasa? Bukankah sahabat itu lebih nilainya dari ke mana pun selalu berdua?

Sahabat, bagi saya, tidak konkrit.

Terlalu subjektif untuk didefinisikan.

Helaianrindu: Pokemon, masih ada kawan saya yang menghafal beribu namanya sampai sekarang!

5 ulasan:

[MH] berkata...

org kata friendship itu forever

:)

aku sgt setuju yang persahabatan yg paling murni dan sejati adalah persahabatan yang tidak putus2 mengingatkan aku tentang Tuhan.

oh, aku sayang sahabat aku seorang itu, nun jauh di Jordan sana :)

dan berkata...

hmm, terpulang pada masing2 apa itu sahabat, yang penting, hargailah mereka yg bergelar sahabat.. kan? :D

suka mengulang kata2 prof. oak dlm cerita tu.."true friendships can withdraw the test of time."

dan berkata...

ralat: *withstand (tertulis withdraw)

mine pc berkata...

Dari Anas bin Malik radhiallâhu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tidaklah (sempurna) iman seseorang diantara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"
[H.R.Bukhari dan Muslim]

atau sama juga seperti yg tertulis di bhgian Helaian Inspirasi:

"Tidak sempurna iman kamu sehingga dia suka untuk saudaranya apa yang dia suka untuk dirinya." (Muslim)


kalau kita boleh letakkan konsep persahabatan kita mcm ni kan bagus :)

atas dasar kecintaan melalui paksi keimanan ini : kita mampu berbuat baik, menyayangi, bertolak ansur, memaafkan, menghargai dan berkorban utk setiap sahabat, teman, rakan, kawan dan insan2 yg hadir mewarnai dlm hidup kita. lalu dgn itu, ia membawa kepada persabahatan abadi aka friendship forever..

sebab? tak kira macam mana pun, bagaimana pun, apa pun yg telah berlaku-kita tetap akan bersahabat dengannya hingga ke akhirnya. kerna kita adalah saudara. kita sudah terpatri dgn ikatan "La ilaha ilallah Muhammadurasulullah".

atas paksi ketaqwaan kita bersahabat; kerna hanya dengan itu yg akan menjadikan persabahatan abadi itu berharga di negeri sna nnti :)

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa. (43:67)


notakakiminepc: tiba2 teringat habes kisah2 silam time muda2 dlu. tgk depan tv rmai2 cerita pokemon ni tiap cuti mggu.hehe..

dan berkata...

mine pc: hmm, jujurnya, hendak cari kawan yg benar berkawan kerana Allah sgt susah, apatah lagi kita sendiri nk jadi org yg benar2 ikhlas. lebih susah lagi nak jadi org yg ithar. sejujurnya, sy tak pernah anggap diri sy sahabat sesiapa, dan nk menganggap org lain sbg sahabat, sy xberapa pasti patut atau x sbb sy takut hny menghiasi panggilan sahabat tu kerana benda lain.

apa itu sahabat, siapa itu sahabt, bagi saya, Allah sja yg tentukan buat saya, atau jika tidak dipanggil sahabat pun, sedar tak sedar, mereka adalah sahabat sebenarnya; panggilan bukan bukti konkrit mereka sahabat yg sebenarnya kan?

ah, berfalsafah ttg sahabat pulak, minta maaf.

*uisy, dulu sy ngan adik siap beli vcd utk setiap episod tau x! punyalah hebat impak pokemon ni, tgklah, smpai skrg pun boleh tgk lagi =P aduii.

Related Posts with Thumbnails