Maaf, maaf. Kali ini masih belum ada buku yang dapat saya baca dan kongsikan dengan rinci. Saya masih dalam kembara, masih menunggu teduh dulu. Maka belum tiba masanya menelaah helaian-helaian yang saya rindu itu. Sekarang saya ingin ceritakan sedikit urna dari kembara saya. Tapi hanya buku saja ya. Dan maaf lagi, tiada gambar dapat menghiasi. Saya tidak memiliki kamera.
Di United Kingdom, buku teramat murah dan sangat-sangat senang didapati. Buku baru, berkulit keras, bersaiz besar, boleh dibeli dengan harga £3.99 sahaja. Harga asalnya ada yang mencecah £20.00, di Malaysia mau saja harganya mencecah RM100! Bukan itu saja, kawan saya bercerita dia pernah ke sebuah kedai, yang buku-bukunya semua bernilai £1.00 sahaja, biar besar, tebal, lama atau baru, semua hanya £1.00!
Di Malaysia, kedai buku paling tinggi pun 2 tingkat sahaja rasanya. Di sini, ada yan g mencecah 4 tingkat--ambil satu bangunan terus!
Di Malaysia, iklan-iklan di jalanraya dan lebuhraya banyak tertayang iklan makanan dan filem yang bakal keluar panggung. Di UK, iklan buku yang bakal terbit macam iklan wayang!
Di sini juga saya terjumpa kedai buku yang menjual buku-buku lama, antik dan nampak sangat menarik untuk menjadi koleksi.
Dan, buku pertama yang saya beli bernilai £1.99. (Harga asal £8.99) Ni buku satu £2 tapi beli 3 boleh dapat £5. Saya beli satu sudah, nanti macamlah boleh habiskan yang satu ini. Buku karangan Susanne Clarke bertajuk Jonathan Strange & Mr. Norrell. Pernah meminjamnya di kolej dahulu, jadi sudah murah beli saja.
Jeda ini memang lama, tapi sekurang-kurangnya terisi dengan keindahan juga!
*Belum tengok carboot sale lagi.
HelaianRindu: petua duduk UK, jangan convert duit pounds kepada ringgit malaysia. anggap la kat sini £1 tu cam RM1. Kalau tak memang la hati rasa tak senang duit bagai melayang.
2 ulasan:
aku sgt teruja!
kan?
hari ahad ni nak pegi carboot sale pulak. mesti ada buku yg murah2!
Catat Ulasan