Cinta dan rinduku palsu.
Sekali lagi, aku..
perlu bermula semula, tapi..
di mana titik mulanya?
Melangut pada langit nilakandi,
"Oh betapa palsunya
Kirmizi yang dulu kuagungi!"
tanpa silu ku pekik rayu.
Helaian-helaian rindu, bukan lagi
lembar-lembar ini
tapi suhufMu.
12 September 2009
Nota: Catatan lama, dan ditambah sedikit secara spontan demi lebih memberi maksud dan manfaat. Sengaja dikongsi, demi memberi ruang diri untuk merindui, dan juga memberi ruang masa sebelum blog terisi lebih lagi.
2 ulasan:
sabarlah rasydan. insyaallah helaian helaian ini pasti lebih bermanfaat. bagaimanapun, sajak yang sungguh puitis!
terima kasih emmar. moga kita sama2 dpt manfaatnya..
Catat Ulasan