Saya suka untuk perturunkan précis saya untuk acara bedah buku ataupun teks ucapan Abu Al-A’la Al-Maududi, presiden Jamaah Islami di Pakistan. Buku yang dikenali dengan tajuk Syahadatul Haq—penyaksian atas kebenaran.
Sebelum itu, saya cuma pendengar. Kini, saya sudah menjadi saksi. Lalu saya harus menyampaikan apa yang benar itu kepada semua, supaya kita dapat saksikan kebenaran ini tertegak. Teks ini disampaikan oleh Al-Maududi di Bandar Sayyal Kaut, barat wilayah Punjab, Pakistan, menjelasi erti dakwah Islamiyyah, teori dan pendekatan terbaik, serta realiti masakini yang sangat perlu difahami. Al-Maududi juga dikenali dengan buku-buku lain seperti Asas-Asas Islam, Dasar-dasar Islam, dan juga Asas-asas Akhlak dalam Harakah Islamiah.
Sebelum itu, saya cuma pendengar. Kini, saya sudah menjadi saksi. Lalu saya harus menyampaikan apa yang benar itu kepada semua, supaya kita dapat saksikan kebenaran ini tertegak. Teks ini disampaikan oleh Al-Maududi di Bandar Sayyal Kaut, barat wilayah Punjab, Pakistan, menjelasi erti dakwah Islamiyyah, teori dan pendekatan terbaik, serta realiti masakini yang sangat perlu difahami. Al-Maududi juga dikenali dengan buku-buku lain seperti Asas-Asas Islam, Dasar-dasar Islam, dan juga Asas-asas Akhlak dalam Harakah Islamiah.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 143:
"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) umat pertengahan, supaya kamu layak menjadi saksi ke atas umat manusia (tentang yang benar dan salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas perbuatan kamu."
Sebagai umat yang berada di tengah, antara Rasul dan manusia, kita harus bersaksi di hadapan kelak bahawa kita telahpun menyampaikan kebenaran. Al-Maududi menegaskan kepentingan berdakwah dan menyampaikan yang haq kepada manusia. Muslim yang mengucapkan syahadah tidak hanya terikat dengan rukun yang lima dan enam itu, tapi juga perlu bersaksi bahawa dia benar akan menyampaikan, sebagaimana Rasul yang telah menyampaikan, kerana kitalah pengganti risalah yang mereka bawa dahulu.
Secara amnya, syahadah ini terbahagi kepada dua: Qauliyyah dan Fi'liyyah. Perkataan dan Perbuatan. Perkataan, apabila kita melaungkan, mengajak, memperkenalkan, apa jua cara demi menjelaskan agama Allah yang agung ini pada sekalian manusia. Dengan pelbagai medium, buku, risalah, majalah, televisyen, internet. Kemudian perbuatan, iaitu memancarkan dan mencerminkan laungan kita, mencerminkan kebenaran kata-kata kita pada perbuatan kita sendiri. Mana mungkin produk pelangsing badan akan laku jika dijual oleh perempuan berbadan montel? Begitu juga apabila kita men'jual' produk kebenaran!
Selain itu Al-Maududi memberi beberapa langkah yang perlu dilakukan. Bermula dengan muhasabah dengan apa yang sedang berlaku pada zaman moden ini, kemudian memulakan langkah menyampaikan kebenaran, dalam satu jemaah. Dalam jemaah, kita bakal kuat. Dan saling membantu. Garis dasarnya haruslah niat kerana Allah, dan akar mesejnya untuk menyampaikan kebenaran.
Mungkin, umat Islam dikecam hebat kini. Mungkin, ramai yang masih belum berani bersuara lantang demi ini. Jadi, moga-moga zugzwang yang kita buat itupun, adalah diam sebentar, mencari strategi terbaik mematahkan dustanya lawan. Supaya di akhirnya kita juga yang akan mengemat kebatilan. Diam-diam ubi berisi, kata orang. Mulakan sedikit demi sedikit. Yang susah akan jadi senang. Semoga saya dan semua benar beriman dengan ayat 286 surah Al-Baqarah, juga Asy-Syarhu ayat 5 dan 6. Bahawa tanggungjawab yang berat ini adalah mampu kita pikul, dan setelah kesusahan akan datang kesenangan, setelah kesusahan akan datanglah kesenangan.Sama-sama kita mulakan, insya-Allah.
Saya perturunkan juga sedikit bingkisan yang sempat tercetus kala sesi penutup sesi bedah buku ini semalam. Tajuknya, saya tidak bisa pilih yang lebih baik, tentunya Syahadatul Haq.
SYAHADATUL HAQ
Telah datang awan kebatilan
Maka di manakah saksi-saksi
Kebenaran yang dulu mengarak
di bumantara sejahtera?
di bumantara sejahtera?
Syahadah yang terang
Kaul dan amal adalah saksi
Aku juga akan bersaksi; bukti
aku benar seorang umat pertengahan.
Telah tumbuh duri kebatilan
Maka di manakah saksi-saksi
Kebenaran yang dulu menapak
di bentala sejahtera?
di bentala sejahtera?
Syuhada Al-Haq, mara!
Belahkan langit dengan cenderasamu
Yang dikumpul berbilah-bilah
Kirimkan risalah islah
Kelak penggalkan berjuta helah
Kirimkan risalah islah
Kelak penggalkan berjuta helah
di hadrat Tuhanmu.
Saksikanlah! Bahawa,
Saksikanlah! Bahawa,
Aku telahpun menyampaikan.
Southampton, UK.
17 Januari 2010
11.45 a.m.
5 ulasan:
Shahadatul Haq..Selamatkan diri kita di mahkamah-Nya..Hentikan hujjah manusia di hadapan-Nya..moga Allah thabtakan kita di jalan-Nya..Amiin ya Rabb, saksi segalanya..Allah..
p/s: Allahu yussahil umuraka ya akhi..la tahim wa la tahzan, Allahu yulhimu 'ilman wa ra'yan..ilaihi narju, ilaihi natawakkal =)
Alhamdulillah alhamdulillah
Allahuakbar!
p.s: sini SH sgt terkesan dalam hati-hati kami. Terima kasih :)
fahmi: syukran, ilaik aidhan. kadang lupa ilmu ni Dia punya..astaghfirullah.. maafkan kami.
fathiyyah: alhamdulillah..moga kita laksanakan tugas kita..dan tak leka..
Salam.
Mohon di'link'kan ke salah satu group di facebook utk perkongsian. bisa?
Jzkk..
NSyahidaS: insya Allah boleh, semoga bermanfaat.
Catat Ulasan