Judul: Tuesdays with Morrie
Penulis: Mitch Albom
Penerbit: Sphere
Tahun:1997
Harga: RM29.90
Kata mereka, buku ini bagus, sudah menjadi bestseller, menyentuh hati. Hebat, mantap, malah mengesankan. Malah suatu masa dulu siap dibikin menjadi filem. Itu kata mereka, tapi bagaimana saya?
Dahulu saya mengenali Mitch Albom melalui karyanya "For One More Day"—tentang seorang anak yang kehilangan tuju hidup, kemudian ditakdirkan bertemu dengan ibunya yang telah mati 8 tahun lalu. (Klik sini untuk baca bingkisan For One More Day). Pada saya, cara kisah itu diperturunkan cukup impresif, dan impaknya lahir dengan hanya membaca sekali lalu. Sebab itulah, saya yakin akan kebolehan Albom dan kemudian tergerak hati membeli buku ini pula. Apatah lagi masa itu Borders sedang menjamu pelanggan dengan runtuh harga besar-besaran demi menghabiskan stok. 70% diskaunnya, siapa yang tak mahu singgah!
Tapi, entah kenapa, ada yang tak kena dari awal pembacaan saya hinggalah ke penamatnya. Saya tidak terkesan macam membaca novel For One More Day. Buku, jika benar-benar inspiring, tentunya akan meninggalkan aftereffect, kalau tidak banyak, sedikit pun jadilah. Mungkin hanya saya sendiri, tapi pembaca lain boleh menilai sendiri. Yalah, de gustibus non est disputandum. Jadi jangan disebabkan saya, impresi awal anda sudah berubah. Baca dahulu!

Kisah ini adalah rakaman kisah benar penulis sendiri ketika dia bersama dengan mendiang profesornya di universitinya dahulu. Dia antara pelajar kegemaran profesornya yang bernama Morrie Schwartz. Tamat pengajian, dia berjanji dengan gurunya itu untuk sentiasa menghubunginya, tetapi setelah bertahun meninggalkan universiti, langsung dia lupakan janji itu. Saat Morrie muncul di sebuah rancangan televisyen bertahun selepas itu kerana terpilih sebagai persona contoh, Mitch Albom terkenang katanya yang tak dikota dulu. Lalu, dengan tekad baru, penulis melawat bekas gurunya itu, dan bermulalah 'kuliah hidup' oleh Morrie. Pensyarahnya ingin mengajar penulis akan makna diri dan hidup sebelum dia pergi buat selamanya. Dan kuliah-kuliah ini diadakan pada setiap hari Selasa.
Apa kurangnya ya cerita ini? Maaf, saya tidak mencari kesilapan, tetapi cuma memberi pendapat. Mungkin disebabkan jalan ceritanya yang agak mendatar, saya jadi bosan. Kerana, fokus buku ini adalah untuk menyampaikan perspektif guru penulis mengenai hidup, maka yang menjadi elemen utama cerita ini tentunya nasihat, inspirasi, dan motivasi. Bukannya unsur dramatik, saspens mahupun kejutan yang ingin ditonjolkan, tetapi unsur motivasi. Dalam kata lain, penulis mungkin memikirkan ‘yang penting adalah mesej yang ingin saya sampaikan’. Ya, boleh jadi ini sangat benar.
Begitupun, tidaklah semua isinya flat saja. Demi mengembangkan cerita dan plot, penulis memuatkan cerita dalam cerita—yakni kisah mengenai Morrie dan ayahnya, juga dengan ibunya. Kita diberi peluang menyelami personaliti Morrie dengan lebih mendalam. Dari itu kita faham kenapa pandangan peribadinya terhadap dunia lain dari yang lain. Selain itu, saya juga tertarik dengan perbincangan falsafi mengenai hidup mati dari sisi Morrie. Dia membicarakan mengenai cinta, dan perhubungan sesama manusia; bagaimana untuk menjadi seseorang yang mencintai dan dicintai, bagaimana untuk menghargai dan memaafi, juga kenapa dia sudah bersedia menghadapi mati. Aneh bukan, kalau yang bukan Islam pun begitu yakin dan siap siaga, kita yang Muslim ini, banyak yang takutkan mati. Nyatalah sekarang kenapa Rasulullah berbicara tentang bahaya penyakit wahan!
Mungkin, jika kalian mendambakan suatu pandang sisi berbeza mengenai hidup, bolehlah mencuba membaca ‘tesis’ ini. ‘Seorang guru hingga ke akhir hayatnya’, itu yang Morrie harapkan. Kita pula? Apakata kita sambut seru Rasulullah, jadi pelajar sepanjang hayat. Jadi pelajar Morrie sebentar dan ciciplah ilmu mana yang patut!

4 ulasan:
Respeck la dan..ade mase lg bc buku ni despite keje bertimbun tu..hehe..jom kutip mutiara Islam yg hilang!
p/s: mungkin boleh share sikit ape yg 'lain'nya pandangan cikgu si penulis tu terhadapt hidup-mati ini? (nampak sgt malas bace..hehe..)
erk, sindir nampak? takdela, baca benda ni pun, time dalam bas, tren, tgh tunggu orang..time senggang2 je..baca buku ni pun start dari pms lagi, baru2 ni je abis..tapi tak menghayati sgt pun..sbb takdela best mana pun..
jom jadi pelajar sepanjang hayat!
p.s: erk, tujuan entri2 ini ditulis kan untuk galak orang membaca! hehe
x perli..kagum! =)
p/s: Fine! =P
baguslah
Catat Ulasan