Januari 02, 2010

Deus ex Machina II

Manusia kan sifatnya pelupa. Jauh berkelana melihat dunia, ilmu konon penuhi dada, tapi sikap tiada beza. Lalu manusia lain yang damba perubahan diri, ikhlas memeluk ilmu demi memperbaik diri, kau ketepikan. Dia sibuk diam mendengar, mulutmu lontarkan yang sia-sia. Apa tak patut dia menegurmu di depan sang guru?



Kau tanam kesedaran, ada mata yang melihat, ada telinga yang mendengar, ada hati yang ingin memahami. Kemahuannya ingin berubah, lalu peluang dia kecapi, tanpa sedari matanya berkolam sesal dan hampa: impian kini delusi.

Ilmu kadang sudah kaucicipi, dia mungkin belum lagi, apa rugi kau diam, sekurangnya menghormati dan jadikan kalam itu peringatan kembali?

"Aku ingin berubah." Moga niat sucinya terkabul, impian ikhlas moga makbul. Dan tasik air mata jadi pasang, tiada surut lagi.


Alhamdulillah, semua mata mula memerhatikan sang guru, dan mulut sudah pandai dikatup rapat. Kalaupun telinga liat mendengar, sekurang-kurangnya kau menghormati!

Fathul, terima kasih atas teguran!


Youth Hostel, Loch Lomond, 12.30 p.m. 
24 Disember 2009.


2 ulasan:

Abang berkata...

Oh, terdengar kisah ni di PMS yg lalu..Allah..sucinya sekeping hati yg inginkan perubahan diri..

dan berkata...

fahmi: moga kita juga damba perubahan dengan kemurnian nurani. seperti dia. amin.

Related Posts with Thumbnails