Dahulu, sentiasa ada helaian-helaian rindu yang diterima semasa hari raya datang bertandang. Dari saudara mara dan kawan-kawan, dari jauh tentunya, yang tak dapat bersua pada hari lebaran. Masih ingat lagi, semasa di sekolah dulu, kawan-kawan melekatkan duit 10 sen pada helaian-helaian kad itu, duit raya kononnya. Pernah juga ada terlekat serdak kuih. Sekarang zaman teknologi, helaian-helaian itu pasti dirindui tentunya. Kalau masih terima sekarang pun, sudah tidak ditulis tangan, semuanya computerized, termasuklah tandatangan. Ah, kenangan yang pasti dirindui dan tak akan dirasa generasi akan datang lagi.
Dan, kedatangan lebaran iin tandanya, ada helaian-helaian suci yang akan dirindui. Bukan bermaksud helaian-helaian itu tidak ditatapi dan dibaca lagi, tetapi dalam Ramadhan ia lebih dekat di hati, dan lebih banyak waktu terluang demi menghayatinya. Ah, helaian Al-Quran itu pasti dirindui. Tiada lagi tadarus beramai-ramai, selepas ini sendiri-sendiri sahaja.
Gambar itu, helaian-helaian rindu saya. Tergamak juga saya memaparkan gambar jurnal/diari saya. Tapi hakikatnya itu semua akan dirindui, kerana mukasuratnya telah penuh...saya perlu beli yang baru.
Baju raya saya tahun ini bukan baju melayu lengkap dengan seluar, tetapi hanya baju. Satu berwarna hitam, jadi boleh dipadan dengan seluar hitam biasa. Satu lagi, kirmizi warnanya, sama macam gambar di atas. Cuma, itu bukan saya, sebab saya tak punya kopiah merah.
Rindu itu sesungguhnya anugerah dari Allah. Maka hargailah.
Eid Mubarak dari Helaian-helaian Rindu. Maaf Zahir Batin.
helaianRindu: Boleh tak membaca time2 raya nanti? Emm...

2 ulasan:
Assalamualaikum
daripada Abdullah ibn Mas'ud
sabda nabi s.a.w.
" seseorang itu bersama dengan orang yang ia kasihi"
Bukhari dan muslim
sesiapa yang mengasihi suatu golongan dengan ikhlas ia akan dihimpunkan bersama mereka.sekalipun amalannya tidak menyamai mereka,tetapi hatinya telah mendekati. kemungkinan kasih sayangnya itu mendorongnya untuk melakukan amalan yang sama.
'aun al ma'bud
rujukan 300 hadis bimbingan
oleh ustaz zahazan
emmar:ahah, entri raya tiba2 ada komen baru. apapun, jazakkallahu khair atas perkongsian. smg kasih antara kita manusia, muslim dan mukmin khususnya terus kuat..
Catat Ulasan