Berita Harian, 5 September 2012 |
Alhamdulillah, sudah lebih sebulan Dandelion diterbitkan. Untuk pengetahuan pembaca, Dandelion merupakan antologi puisi yang diselenggarakan oleh saya bersama tiga lagi teman dari Grup Karyawan Luar Negara, iaitu Ainul Arina dari Jordan, Muhammad Iqbal A. Ghani dari Ireland (kini di Malaysia) dan terakhir, Hazwan Ariff Hakimi dari UK (yang juga menerbitkan kumpulan puisi solonya yang pertama bertajuk Sasterawanara Keraton).
Bermakna, sudah lebih sebulan juga tugas saya sebagai penyelenggara tamat. Kami bermula sejak hujung 2011 lagi. Awalnya tidaklah begitu bermasalah. Tetapi pada penghujung bulan Ramadhan 2012, sebelum dan ketika dibawakan softcopy Dandelion ke penerbitan, pelbagai masalah timbul. Berjaga siang malam untuk menyempurnakan softcopy yang bermasalah. Tidak seperti antologi Trem ke Pintu Syurga (TKPS - antologi cerpen juga terbitan GKLN) yang hampir tiada masalah melainkan kesalahan ejaan.
Namun istilah 'berjaga' ini tidaklah teruk sangat sebenarnya kerana secara tidak langsung memang saya perlu jaga pada waktu-waktu tertentu.
Sebabnya, semasa Ramadhan di UK, jadual tidur saya tidak seperti biasa, kerana saya tidur pada jam 12 malam (terawih tamat jam 12) dan perlu bangun pada jam 3 pagi untuk bersahur. Kemudian tidur semula pada jam 7 pagi dalam 3 jam atau lebih. Mujurlah jadual tidur yang tidak berterusan ini dan waktu siang yang panjang membolehkan saya sentiasa kemaskini softcopy tersebut apabila timbul masalah tidak kira waktu malam atau siang di UK. Terganggu mungkin cuma sesekali tapi itulah pengalaman. Alhamdulillah, walaupun sedikit penat di hujungnya, akhirnya saya berjaya menyempurnakan fail PDF untuk dibawa ke syarikat percetakan.
1 September lalu, buku-buku yang telah saya sebutkan, tiga buah semuanya, bersama sebuah buku dari persatuan rakan penulis, Legasi Oakheart telahpun berjaya dilancarkan secara rasmi di Rumah Pena, Kuala Lumpur. Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan yang menjadi perasmi, dan naskhah Dandelion ini telah diulas oleh Cikgu Shamsuddin Othman. Puan Nisah Haron juga datang untuk mengulas antologi cerpen TKPS. Majlis tersebut juga dihadiri oleh penulis mapan seperti S.M Zakir dan Fahd Razy.
Okey, bunyinya macam laporan akhbar pula. (ya, bercakap pasal suratkhabar, berita tentang majlis pelancaran ini ada dimuatkan di dalam Berita Harian semalam, di bahagian sastera. Syukur)
*************
Selain pengalaman manis mengumpul dan menyusun puisi-puisi pelajar luar negara untuk Dandelion, saya juga diberi peluang untuk mewarnakan rupa buku tersebut bersama dengan TKPS. Merekabentuk kulit buku memang satu perkara yang sangat saya minati, mungkin disebabkan saya sendiri memang suka menilik buku berdasarkan kulitnya terlebih dahulu. Atau sebab lain, barangkali saya minat menterjemah teks ke dalam bentuk grafik dan cuba memberi wajah terhadap latar karya dalam bentuk yang lebih ringkas.
(Saya suka kulit buku yang bersifat minimalis, atau berilustrasi tangan (hand-drawn), dan itu cuma sebahagian yang saya dapat fikirkan buat masa ini)
Saya lebih enjoy dalam merekabentuk kulit TKPS berbanding Dandelion sebenarnya - mungkin kerana cerpen lebih mudah diterjemah dalam bentuk ilustrasi. Banyak elemen yang boleh dipilih untuk mewakili cerita. Untuk Dandelion, tak mungkin saya akan meletak sebuah gambar bunga dandelion begitu sahaja. Tidak salah, dan mungkin sesuai kerana ada yang tidak tahu apa itu dandelion, tetapi antara peraturan desain kulit buku yang pernah saya dengar dari Chip Kidd (seorang graphic designer yang saya suka di Knopf, sebuah syarikat penerbitan di Amerika), sebolehnya jangan letakkan gambar yang literal, kerana ini juga memberi peluang untuk pembaca berfikir dan mentafsir, secara tidak langsung mengangkat kebolehan pembaca, bukan merendahkannya.
Untuk kedua-dua antologi saya cuba menjadikan desainnya selari, meminjam konsep siri buku seperti Hadiah Sastera Utusan sebagai contoh terdekat. Bukan saja lebih kemas dan elok bila dipamerkan bersama, bagi saya keselarian itu menampakkan bila buku-buku tersebut diterbitkan.
Berikut antara idea awal/proses rekabentuk yang mungkin tidak seberapa dan tidak begitu profesional (in terms of progress, concept etc):
Proses rekabentuk kulit antologi puisi Dandelion |
Proses rekabentuk kulit antologi cerpen Trem ke Pintu Syurga |
Bagi yang belum mendapatkan naskhah-naskhah ini, bolehlah menempah, selagi stok masih ada (setakat ini hanya satu cetakan sahaja!) di laman ini: http://karyawanluarnegara2012.blogspot.co.uk/ Dapatkan dua antologi ini beserta kumpulan puisi Sasterawanara Keraton dengan harga kombo RM50. Murah kan?
Dan istimewa untuk pembeli dan pembaca blog ini, saya ada desain dua buah penanda buku yang sepadan dengan buku Dandelion dan TKPS yang boleh dimuat turun, cetak dan potong sendiri untuk digunakan bersama naskhah-naskhah ini tentunya :) (Boleh muat turun di sini. Cara muat turun - klik option 'File' di sebelah atas kiri dan skrol kebawah dan klik 'Download'. Saiz sebenar: 15cm x 3.5cm. Garis panduan untuk memotong ada disertakan dalam fail tersebut.)
Susah mencari quotation yang sesuai untuk menggambarkan cerpen TKPS, tetapi ini hasilnya. Selamat menikmati penanda-penanda buku ini! |
Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah. Semoga pengalaman menjadi angin dengan menyebar benih dan mewarnakan panorama ini akan menjadi perkara berharga yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang. Juga, selamat menikmati buku-buku ini dan menyampaikan mesejnya!
helaianrindu: Paling manis tentunya, apabila tajuk puisi saya terpilih (dalam undian) untuk menjuduli antologi puisi tersebut. Walaupun sebenarnya hanya kalah dengan beberapa tajuk lain dengan 1 atau 2 undi sahaja. Selain puisi Dandelion, puisi saya bertajuk 'Pentas' juga dimuatkan dalam buku ini.
4 ulasan:
Melihat naskhah yang siap disusun, dibaca orang sudah cukup melupakan jerih perih menyusun antologi ini. Aduhai :)
Tahniah dan! Hope i can get one copy of each. And surely i'll print ur bookmark insyaAllah.
I'm proud of u, as always :)
fakhruddin: alhamdulillah. :) harapnya dikira sebagai amal.
'abang'(err haha): hope you can get one copy means dah tempah ke? tengah tunggu sampai rumah ke?
terima kasih lah abang lolol.
antologi puisi yang mapan =)
Catat Ulasan