Buku-buku bulan Julai:
Mengisahkan tentang seorang remaja orang asli suku Semai yang menjadi seorang atlet trek yang disanjungi warga kota. Sebagai wakil keluarga dan kampung halamannya, Bahlut juga menjadi seorang 'pahlawan' yang berjuang untuk menyelamatkan kampung halamannya. (Saya kurang suka dengan ilustrasi kulitnya..)
Kumpulan cerpen Rebecca Ilham, seorang penulis muda yang baru menaikkan nama semenjak 2007. Dalam masa kurang tiga tahun sudah berjaya menghasilkan 15 buah cerpen, dan menurut pandangan saya sangat versatil dan menarik. Semuanya berlatarkan luar negara, sesuai dengan tajuk kecilnya - '15 Cerita Gadis Perantau'. Cerpen-cerpen ini merupakan karyanya yang telah tersiar di media perdana.
Kumpulan puisi Faisal yang pertama. Sangat bersifat ekskluif dan personal, kerana di dalamnya terkandung gambar-gambar yang diambilnya sepanjang kembaranya di luar negara, beserta deskripsi ringkas. Awalnya saya menyangka buku ini berkulit keras dengan dust cover, tetapi rupanya kulit lembut saja. Sedikit kecewa, tetapi tidak mengapa - saya juga tak punya wang banyak.
Mengumpulkan puisi-puisi beberapa tokoh lepasan tiga kolej Islam (Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Kelang, Kolej Islam Sultan Alam Shah) salah satunya termasuklah Faisal Tehrani sendiri. Serasa saya ada puisinya yang terkandung dalam Ingin Jadi Nasrallah juga. Buku ini diterbitkan sempena sambutan Jubli Emas Kolej Islam pada tahun 2005. Tahun itu saya di tingkatan empat, dan seingat saya ada dijual buku ini, tetapi mungkin saya kurang wang dan minat untuk membelinya.
Kritikan dan ulasan yang lantang terhadap isu semasa yang ditulisnya bermula 2007 di dalam kolum "Pena Mufti", dalam Utusan Malaysia, dikumpulkan menjadi sebuah buku. Tulisan bekas mufti Perlis ini bukan sahaja berani tetapi membuka minda. Suaranya lantang, tegas, tetapi dalam masa sama puitis. Buku ini diterbitkan atas permintaan ramai dari pembaca.
Jilid kedua dari himpunan tulisannya di kolum "Pena Mufti" di Utusan Malaysia. Tajuk ini dipilih penerbit kerana isinya banyak menyentuh isu sikap orang politik, para penguasa serta rakyat bawahan, termasuklah sikap golongan yang berlabelkan 'ulama'. Buku ini tambah hangat kerana memuatkan tulisan-tulisannya pra- dan pasca-Pilihan Raya Umum ke-12, yang mengkritik kerajaan, rakyat dan pembangkang.
Pertama kali menguliti Tunas Cipta. Majalah khas yang memartabatkan sastera khas buat generasi muda. Cerpen dan puisi yang termuat dalam majalah ini akan diulas secara profesional oleh penulis mapan yang lebih senior (bukan dalam edisi yang sama - karya bulan Julai contohnya akan direviu dalamm edisi berikutnya).
(Kemaskini)
8. Perang Badar (Azrul Azlan Iskandar Mirza)
Buku ini dijual di masjid negeri, sempat pula saya memaksa bakal abang ipar saya membelikan untuk saya buku ini. Berkenaan Perang Badar Al-Kubra, dijelaskan secara lebih terperinci, ditambahkan informasi-informasi sisi yang menjadikan buku ini penuh dengan maklumat (sekali pandang). Tunggu dahulu selepas berhasil membacanya sehingga hujung nanti.
(Kemaskini)
8. Perang Badar (Azrul Azlan Iskandar Mirza)
Buku ini dijual di masjid negeri, sempat pula saya memaksa bakal abang ipar saya membelikan untuk saya buku ini. Berkenaan Perang Badar Al-Kubra, dijelaskan secara lebih terperinci, ditambahkan informasi-informasi sisi yang menjadikan buku ini penuh dengan maklumat (sekali pandang). Tunggu dahulu selepas berhasil membacanya sehingga hujung nanti.
HelaianRindu: Rupanya 'julai' ada maksud lain, baru tahu lepas baca karya terbaru Shahnon Ahmad - Kembara Seorang Hamba. Orang kampung mesti tahu!
2 ulasan:
Erk.. Rasydan suka buat orang tertanya2. Apakah erti julai yang dimaksudkan?? Huhu.. susah seakali untuk mendapatkan karya2 Malaysia di UK. Terpaksa tunggu lama dan masalah credit transaction..
Naufal,
'julai' boleh juga bawa maksud ranting kayu yang hujung. contohnya, buah yang berada di hujung julai.
Mestilah, yang mahukan buku dari Malaysia, berapa peratus sangatlah. Tak apa, pergi baca buku-buku Inggeris dulu..:)
Catat Ulasan