November 23, 2008

A Thousand Splendid Suns


Judul: A Thousand Splendid Suns
Penulis: Khaled Hosseini
Penerbit: Bloomsbury
Tahun: 2008 (Paperback)
Harga: RM35.90
Bil. Mukasurat: 419

A Thousand Splendid Suns merupakan novel kedua Hosseini selepas debutnya yang bertajuk The Kite Runner pada tahun 2003. Kehebatan The Kite Runner tentunya 'mengajak' saya untuk membaca karya penulis yang seterusnya. Adakah sama novel ini dengan novel sulung penulis? Tidak. Malah lebih baik!

Novel keduanya berlatarkan tempat yang sama, ya Afghanistan. Dan sudah tentu jika latar masanya pada tahun 1970-an, semestinya berlaku perang dan berlakulah penderitaan rakyat Afghan. Dan inilah yang menimpa Mariam dan Laila.

Mariam adalah seorang harami—anak luar nikah. Diusir dari rumah ayahnya, dia dikahwinkan dengan seorang duda lingkungan 40-an dari Kabul yang bernama Rasheed. Namun, perkahwinan yang disangkanya akan bahagia dan berkekalan lebih lama rupanya meleset. Kerana Rasheed inginkan seorang anak. Lebih-lebih lagi lelaki. Kerana Mariam tidak berjaya mendapatkan seorang cahaya mata, pergaduhan terjadi.

Laila, seorang remaja yang tinggal berjiran dengan Mariam, hilang kedua ibu bapa dan tempat tinggal akibat bom yang dilepaskan semasa pemerintahan Mujahideen. Terdesak menyembunyikan kehamilan seorang anak luar nikah, dia bersetuju mengahwini Rasheed.

Pada mulanya Mariam benci pada Laila kerana menganggap Laila sebagai perampas suaminya. Namun insiden dengan Rasheed menyebabkan kedua-duanya, Mariam dan Laila, menjalin hubungan yang amat rapat—seperti ibu dan anak, apatah lagi bila Laila dianugerahkan Aziza dan Zalmai hasil perkahwinannya. Mariam menjaga kedua-dua anak Laila seperti anak-anaknya sendiri.

Namun ambilalih oleh Taliban menjadikan situasi mereka lebih bahaya. Kelaparan, ketakutan melanda masyarakat Afghan. Dan bagaimana nasib kaum wanita? Mariam dan Laila tertahan diri di Afghanistan. Niat ingin mencari bahagia bersama, tapi mampukah?

Kandungan buku kecil molek ini dibahagi kepada empat bahagian (Part One—Part Four). Yang pertama dari Mariam kecil sehingga dia berkahwin, manakala yang kedua untuk Laila. Bahagian ketiga gabungan Mariam dan Laila dan bahagian terakhir adalah cerita Laila sepenuhnya.

Tersentuh, itu sahaja yang boleh saya katakan. Lebih tersentuh dari membaca The Kite Runner. Dan hakikatnya saya hampir menangis. Babak-babak yang menyentuh hati saya antaranya ialah babak kematian ibu Mariam; penderaan Rasheed kepada Mariam dan kemudiannya Laila dan anaknya; dan seterusnya babak Maryam dihukum hudud. Juga, sepanjang kisah ini saya tersentuh dengan hubungan erat Mariam dan Laila. Tambah lagi kepayahan Laila ketika melahirkan anak keduanya, ketika keadaan begitu darurat.

Anda bacalah, saya yakin kalian juga ikut terharu. 5 bintang!

*Akhirnya saya kembali membaca dan mereviu. Cuti panjanglah katakan.

4 ulasan:

[MH] berkata...

rasydan,nanti nak pergi la NAsr city..kat situ ada satu je kedai buku yang best 'Virgin'..
buku yang 'men from mars women from venus' aku beli kat situ la..
buku yang ko ulas ni nampak mcm best la..
harap2 ada la kat kedai buku tu.

hurmm..deception point(dan brown) tu pon aku belom habis lagi..
sigh
hihi

br tengok entry ko yang sblm ni.tk perasan pula entry tu..
waah,kalian baru prep kan? tp dah banyak buat projek eh..
apa pun,selamat berusaha! lakukan yg terbaik! pastikan terbang!

dan berkata...

takpe2 bnyk nak kena study..kan itu lebih penting. tapi, buku kite runner ngan yg ini sgt best. wajib baca tau.

huhu adela projek yg kena buat. kdg2 seronok tp dlm masa yg sama tension jgak. tapi inila hala tuju hidupku nmpaknye. hee.

insya Allah aku akan berusaha utk terbang!

faisazli berkata...

allop...dan.
lame ak tak menconteng kt page ko plk ni ye...hehe
walopon ak xde la jd ulat buku...cme buku ak je yg berulat(sbb jrng sgt bukak..huhu), tp ak pn rase trtarik laa bce ko pnye review nih..haha.
eh..tapi,buku ni cerita psl pmerinthn kt afghan tu gak ke??

dan berkata...

takdela pasal pemerintahan sgt...tapi adela pasal taliban tu. mainly cerita ni pasal wanita.

buku berulat? ee kalau betulla mmg camtu, mesti geli nak bukak buku

kidding

Related Posts with Thumbnails