Mac 12, 2010

Jeda IV

Pesta Buku Antarabangsa di Malaysia tahun ini sedikit awal nampaknya. Kebiasaannya diadakan pada bulan April, tapi tahun ini akan berlangsung pada 19-28 Mac 2010. Melepaslah tahun ini. Ada beberapa buku terbaru yang saya ingin dapatkan di acara tahunan itu nanti. Bukan bermakna saya tak boleh dapatkan ketika cuti musim panas nanti, cuma bagi pencinta buku, siapa yang nak lepaskan barang 'panas' dan terkini dalam acara yang juga sensasi!

Antara buku yang saya ingin dapatkan adalah 2 karya terbaru Ustaz Hasrizal, bertajuk Murabbi Cinta dan juga Secangkir Teh Pengubat Letih. Murabbi Cinta sebenarnya adalah jilid ketiga dari siri Aku Terima Nikahnya, karya popular Ustaz sendiri. Saya masih belum membaca volum 2 (Bercinta Sampai Ke Syurga) tapi saya nak juga dapatkan naskhah ketiga! Travelog pertama ustaz, Rindu Bau Pohon Tin sangat asyik untuk dibaca, maka sebab itu saya juga akan dapatkan sekali Secangkir Teh Pengubat Letih, iaitu sebuah catatan umbara beliau di Turki.

Kemudian ada buku-buku dari penulis kegemaran saya, Faisal Tehrani. Yang bakal muncul nanti adalah buku Ingin Jadi Nasrallah dan juga paling baru di blognya, sebuah novel bertajuk Bahlut yang menceritakan tentang dunia orang asli dan dunia sukan.


Juga, karya penulis remaja Hilal Asyraf yang sedang meningkat naik iaitu novelnya bertajuk Sinergi. Khabarnya novel ini tebalnya sekitar 500 mukasurat, agak tebal juga. Kemudian ada buku Kembara Hamba Mencari Cahaya, iaitu jilid dua dari siri Langit Ilahi. Apa yang saya dengar, buku ini sebenarnya telah terbit pun sebenarnya, sebab ada penjual online sudah mempamerkan naskhah motivasi ini. Tapi dapatkan di Pesta Buku tentu lebih seronok! Oh ya, informasi buku-bukunya semua boleh didapati di dalam entri-entri terkini blognya, Langit Ilahi. Begitu juga buku Faisal dan Ustaz Hasrizal.

Ada buku baru dari siapa lagi ya yang saya suka? Hmm, saya tidak tahu lagi setakat ini.

Sesiapa yang bakal menjengah ruang Pusat Dagangan Dunia Putra, diharapkan jenguk-jengukkan buku-buku ini ya!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Huhu.. dah lompong satu tahun record ana pergi ke KLIBF. Huhu.. Nak pergi.. Or, ada orang nak hadiahkan ana buku2 terbaru yang ana ingin miliki?

p/s : banyak lagi buku kat almari yang x habis dibaca.. Nak buku lain. Astargfirullah.. sabar ya Naufal??

Related Posts with Thumbnails