Januari 29, 2009

Sepuluh Wasiat


Judul:
Sepuluh Wasiat (Al-Wasaya Al-Asyr)
Penulis: Hassan Al-Banna
Tahun Terbit:1989 (Cetakan Kelima)
Penerbit: Pustaka Salam
Harga: RM5.50


Siapa yang tidak kenal Hassan Al-Banna. Pengasas Ikhwanul Muslimin ini telah menggariskan kepada kita sepuluh perkara penting yang perlu kita ambil perhatian dalam hidup; perkara-perkara yang kadangkala kita ambil remeh dan tak ambil pusing. Wasiat atau pesanan beliau ini sebenarnya adalah pesanan-pesanan yang tertulis atau tercetak pada kalendar-kalendar, majalah-majalah ataupun tulisan-tulisan cantik sebagai hiasan di dinding. Kerapa dilihat di mana-mana terutamanya di rumah-rumah mereka yang mendokong fikrah yang diperjuangkan oleh Imam Hassan Al-Banna di Mesir waktu itu. Alhamdulillah sempat saya menghabiskannya dalam kesibukan menghadiri kuliah dan sebagainya.

Antara isi pesanan paling panjang dalam buku ini ialah pesanan pertama: Segeralah menunaikan solat. Sememangnya, kita semua tahu solat itu tak lain tak bukan, tiang agama. Siapa mendirikannya, mendirikan agama, dan yang meninggalkannya tentunya bererti mereka merobohkan Ad-din Islam itu sendiri. Dalam Al-Quran sendiri Allah menggariskan kepentingan bersolat: Berapa banyak kali Allah memerintahkan hambaNya menunaikan solat? Dan, solat itu bukankah dapat mencegah manusia dari kemaksiatan dan kemungkaran? Maka isi wasiat pertama Hassan Al-Banna tertumpu pada perkara-perkara berkaitan solat, kepentingan serta kelebihan menunaikan solat, dan menunaikan solat di awal waktu. Saya masih ingat waktu sekolah-sekolah dulu, kalau ada tazkirah berkisar dosa dan maksiat, dan orang yang menyampaikan itu pasti menyebut "...kalau hidup masih buat dosa, kemungkaran, tak lain...cek balik solat kita." , begitulah antara kata-kata yang saya ingat waktu di sekolah dulu. Ini bermakna solat kita belum betul-betul sempurna untuk mengelakkan kita dari perkara keji dan mungkar, sebagaimana disebut oleh Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 45.

Saya juga tertarik dengan wasiat yang ketiga. Hassan Al-Banna berpesan, "Berusahalah bercakap dalam bahasa arab Fusha." Umumnya dia menyatakan kepada orang Arab yang mengamalkan pertuturan pasar atau ammi dan melupakan bahasa fusha itu sendiri. Tapi jikalau merujuk pada keadaan kita, boleh dikatakan yang kita hendaklah belajar bahasa Arab Fusha dan mempraktikkannya. Bukan sahaja Al-Quran turun dalam bahasa Arab, malah bahasa ini bukankah akan menjadi bahasa kita di syurga kelak? Maka dengan sebab itu penulis sungguh-sungguh menyarankan kita sedaya upaya bertutur dalam bahasa Arab (Fusha). Tambahnya lagi, ahli-ahli fikir telah lama memikirkan: Langkah untuk menyatukan mana-mana umat ialah dengan menyatukan pemikiran mereka melalui bahasa. Mengambil contoh perpecahan yang berlaku dalam kalangan bangsa Arab, beliau menegaskan alangkah baiknya kalau orang Arab dan orang Islam kesemuanya menghidupkan bahasa ini dan menanam perpaduan sesama kita. Mengingatkan pesanan ini, saya terkenang bahasa Arab yang saya pelajari di sekolah, sudah bersawang dan berhabuk. Untunglah bagi rakan-rakan saya yang belajar di Timur Tengah, walaupun lebih banyak bercakap dalam ammi, tapi sekurang-kurangnya mereka dapat mengamalkan bahasa arab yang dipelajari dulu. Saya teringin belajar semula kalau ada peluang, sebab saya sendiri memang meminati dan mencintai bahasa ini.

Disertakan dengan ayat-ayat Al-Quran serta hadis Rasulullah s.a.w, buku ini mudah sekali difahami dan mudah dihadam. Apapun, sedikit sukar apabila diselitkan puisi-puisi atau syair-syair terjemahan dari bahasa Arab yang bahasanya sedikit mengelirukan sehingga susah untuk memahamkan mesej dalam syair tersebut, biarpun ada dijelaskan dalam perenggan-perenggan berikutnya. Walaubagaimanapun, saya dapat banyak manfaat daripada buku ini, kerana banyak antara pesanan Hassan Al-Banna berkait rapat dengan amalan sehari-harian kita.

Antara pesanan-pesanan beliau yang lain yang terkandung dalam buku ini: Jangan banyakkan perdebatan; Jangan banyak ketawa; Jangan mengumpat; Berkenalan dengan orang yang saudara temui; Baca Al-Quran, buat kajian, dengar ilmu dan berzikir; Jangan bergurau; Jangan mengangkat suara lebih dari yang diperlukan pendengar; dan juga Kewajipan lebih banyak dari waktu, maka tolonglah orang lain untuk memanfaatkan waktunya.

Nota: Edisi ini edisi lama. Berkemungkinan sekarang sudah punya edisi baru yang lebih baru dan cantik. Yang ni saya ambil di rumah, ayah yang membelinya dalam tahun saya lahir--1989. Huraian ditulis oleh Dr. Abdul Azim Ibrahim al-Muti'ni dan terjemahan kepada bahasa Melayu dibuat oleh Alias Othman.

Nota 2: Alhamdulillah, akhirnya--ulasan pertama dalam tahun 2009!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

slm,
my version, cetakan pertama, 1984.
kulit buku warna hijau. tulisan warna hitam. tanpa sebarang graphic.
dan ya, spt kamu, dibeli ayah.

luar nampak suram, tapi bila baca.. asyikk..!! :)

dan berkata...

subhanallah! 1st version tu!

betul, memang asyik. dan mendalam kesannya. :)

Tanpa Nama berkata...

Jangan banyakkan perdebatan; Jangan banyak ketawa;masih banyak. Jangan mengumpat;mgkin tmasuk skit2. Berkenalan dengan orang yang saudara temui;uih, jarang skali. Baca Al-Quran,Alhmdulillah. buat kajian,errr,more on agak2 dan spekulasi. dengar ilmu dan berzikir;ada.... Jangan bergurau;susah la cm ni. Jangan mengangkat suara lebih dari yang diperlukan pendengar;suara sy sush nk kluar. Kewajipan lebih banyak dari waktu, maka tolonglah orang lain untuk memanfaatkan waktunya.kurang faham, elaborasikan...

Tanpa Nama berkata...

Jangan banyakkan perdebatan; Jangan banyak ketawa;masih banyak. Jangan mengumpat;mgkin tmasuk skit2. Berkenalan dengan orang yang saudara temui;uih, jarang skali. Baca Al-Quran,Alhmdulillah. buat kajian,errr,more on agak2 dan spekulasi. dengar ilmu dan berzikir;ada.... Jangan bergurau;susah la cm ni. Jangan mengangkat suara lebih dari yang diperlukan pendengar;suara sy sush nk kluar. Kewajipan lebih banyak dari waktu, maka tolonglah orang lain untuk memanfaatkan waktunya.kurang faham, elaborasikan...

dan berkata...

kpd tanpa nama: terima kasih. alhamdulillah, dpt merefleksi diri melalui ulasan ni. jangan bergurau tu sbnrnya bukanlah tidak bergurau langsung, sbb rasulullah sndri pun brgurau kan? cumanya, kata hasan banna, orang yang berhubung dgn Allah ialah org yg serius, jadi gurau tu perlu dikurangkan. rasulullah juga brgurau tp bergurau yg benar2 shj. mmg susah kalau kita pun nk ikut cara nabi, sbb gurau yg benar tu susah nak timbulkn. sy cuma gunakan 'jgn bergurau sebab ini hny ulasan ringkas, jadi kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah sendri. dan yg diminta elaborasi itu akan dapat jawapannya juga melalui pembacaan. bukan ke satu wasiat yg sy dah tulis "buatlah kajian"?

:)

Related Posts with Thumbnails