November 30, 2008

Kalau Dah Namanya Pun Cikgu


Judul: A Bouquet of Roses by Teachers
Penulis: Pelbagai
Penerbit: Malaysian Book Promotions & Kementerian Pelajaran Malaysia
Tahun: 2002
Harga: Tidak dinyatakan


Kalau dah namanya pun cikgu, tahu ajelah kan, mesti simpan banyak cerita. Lagi-lagi kalau jumlah anak muridnya ramai. Yang seorang pelajar ni buat perangai begini, lagi seorang perangainya macam itu, yang satu lagi pulak ragamnya entah apa-apa. Belum kira yang cemerlang lagi. Macam-macam ada. Dan cerita-cerita macam inilah yang cikgu-cikgu kita selalu ulang-ulang dalam kelas, ingatkan pelajar yang masih ada, 'jangan buat macam ini' atau 'cuba contohi abang senior kamu dulu', macam-macam lagilah. Yang mendengarnya kita, kadang-kadang ada yang menyentuh hati juga, dan kita bisa ambil pengajaran dari kisah-kisah cikgu-cikgu kita yang dah mengajar bertahun lamanya.

Buku ini adalah sebuah kompilasi cerita-cerita yang sarat dengan pengajaran, motivasi dan inspirasi yang ditulis oleh sebahagian guru di negara kita. Melihat kulit luarnya pun saya sudah suka. Malah bila membacanya tambah suka. Cerita-cerita yang terkandung di dalam buku ini memang benar, ada banyak juga yang memberi inspirasi, dan tak kurang juga menyentuh hati. Ya, mungkin mereka bukanlah penulis terkenal, tidak punya kebolehan menulis ayat-ayat berbunga dan gunakan bahasa bombastik, tapi apa yang lebih penting ialah isi dan pati cerita yang ingin disampaikan.

Kelebihan buku ini ialah, bahasanya yang ringkas. Juga, cerita-cerita yang dimuatkan adalah pendek, paling panjang pun mungkin dalam 5 mukasurat sahaja. Tapi sebenarnya font teks yang dipakai adalah besar. Jadi taklah panjang mana pun 5 mukasurat tu. Paling pendek termuat, tak sampai satu mukasurat pun. Memang buku yang simple. Tapi ingat, seringkas mana pun kandungannya, mesej yang dibawa bersama sangat bermanfaat! Satu lagi yang bagus tentang buku ini, ia membahagikan cerita-cerita ini kepada kategori yang tersendiri. Ada bahagian Motivation (Motivasi), Success (Kejayaan), Values (Nilai), Family (Keluarga), Parenting (Keibubapaan), Relationships (Hubungan) dan akhir sekali Teaching (Pengajaran). Mudahlah bagi pembaca membelek mana yang disukainya. Kalau saya, saya akan menyelak bahagian motivasi dan keluarga dahulu, dan kategori yang disediakan ini memudahkan pencarian saya.

Ya, dalam bahagian keluarga, saya tercentuh membaca kisah Min dengan seorang budak nakal dalam The School Bully. Kisah yang menceritakan bagaimana seorang budak nakal di sekolah yang 'mengepau' duit pelajar lain sebenarnya punya masalah keluarga, dan Min yang adiknya dibuli oleh pelajar nakal ini membantunya pada akhirnya, sehingga dia boleh berubah menjadi pelajar yang baik. Waiting For Father tulisan Siti Rohana Naam juga apa kurangnya. Mengisahkan tentang seorang pelajar yang menemui kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumah. Ayah dan ibunya meninggal dunia, dan dia pula menjadi kurang siuman. Setiap hari dia akan menunggu ayahnya mengambilnya di pintu pagar sekolah, sepertimana dia biasa lakukan 5 tahun lalu, sebelum tragedi itu berlaku. Dan cuma seorang cikgu yang membela nasibnya, di saat dia ditertawakan oleh warga sekolah yang lalu-lalang.

Itu hanya dua cerita, dan kisah lain yang saya suka membacanya, antaranya: Rising Above the Storm, Sunny, Such Sadness on Such A Young Face, dan School Fees.

Kalau cikgu punya banyak cerita, saya rasa anak muridnya punya lagi berlambak. Kalaulah dikumpulkan anak-anak murid untuk seorang cikgu sahaja, dan biarkan mereka menulis cerita mereka dengan cikgu itu, bayangkan berapa banyak kisah yang boleh dibukukan? Dan itu hanya untuk seorang cikgu!

2 ulasan:

[MH] berkata...

kalau la nnt time aku jadi doktor,aku punya banyak masa utk menulis,mesti aku bercerita banyak ttg cikgu2 aku..

huhu..
lain cikgu,lain cerita..mana ko beli buku nii?
dah cuti ni,mesti banyak buku yg nak dibaca kan?

dan berkata...

hmm ntah la sbnrnya buku ni dah da kat rumah..ayah aku beli rasanya

hari tu kat bukfair aku nmpak buku ni..tak ingat booth apa yg jual

haha bnyk gak nak baca cuti ni..tapi mungkin tak terlaksana..sebab buku2 a level pun aku berazam nak habiskan :)

(berusaha keras untuk fly..moga Allah mmpermudah..)

Related Posts with Thumbnails